Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Unit Rawatan Kanser Akut

PENGENALAN

Unit ini menyediakan rawatan kepada pesakit kanser IKN yang mempunyai simptoms akut berkaitan dengan penyakit kanser. Ini dapat mengurangkan masa menunggu bagi mendapatkan rawatan disamping memastikan semua kes akut dapat dikendalikan dengan cepat dan tepat.

 

FAsiliti

Unit Rawatan Kanser Akut mempunyai 2 katil resusitasi yang dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan resusitasi serta 1 bilik pemeriksaan. Terdapat 3 buah ambulan yang disediakan untuk penghantaran pesakit interfasiliti. Unit ini juga mempunyai kaunter saringan (triage) yang akan membahagikan pesakit kepada kategori  konsultasi (tidak kritikal) dan resusitasi.

 

Polisi Operasi

Unit ini beroperasi 24 jam setiap hari dalam menyediakan perkhidmatan kepada pesakit kanser IKN. Unit Rawatan Kanser Akut dianggotai oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Tiada Perkhidmatan Panggilan Ambulan disediakan di IKN.