PROGRAM PEMBERIAN MAKANAN PERCUMA
Program Pemberian Makanan Percuma anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dan Institut Kanser Negara (IKN) bersempena Program Rakan Masjid Hospital (RAMAH) telah dilancarkan oleh YBrs. Tuan Haji Azamir bin Haji Alias, Imam Besar MTMZA dan YBrs. Dr. Asmayani binti Khalib, Pengarah IKN pada 29 April 2019 (Isnin) di Klinik Onkologi IKN. Program yang disasarkan kepada klien dan ahli keluarga ini akan dilaksanakan pada setiap hari Isnin dan Rabu di IKN dan Jumaat di MTMZA akan menyediakan makanan berpek untuk diagihkan kepada kumpulan sasar. Sebagai permulaan, sebanyak 150 pek makanan telah diagihkan.
Program yang akan diadakan sepanjang tahun ini diharap dapat memupuk nilai murni saling bantu membantu di antara satu sama lain disamping menyahut seruan kerajaan supaya menyantuni masyarakat yang memerlukan dengan istilah ‘turun padang’ bagi memberi khidmat dan sumbangan secara langsung.
![]() |
|
![]() |
|
![]() |