Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

UNIT KUALITI

 

Pengenalan

Unit Kualiti diwujudkan pada Disember 2013 bagi menjalankan tugas-tugas penyelarasan peningkatan aktiviti-aktiviti kualiti (QA/QI). Sekretariat Kualiti mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2014 diterajui oleh Pengarah Hospital iaitu Dr. Asmayani binti Khalib dan diketuai oleh Ketua Unit Kualiti iaitu Pegawai Perubatan UD54 dan dibantu oleh seorang Ketua Jururawat U32 dan 3 orang Jururawat U29.

visi

Menjana kualiti ke arah kecemerlangan, hormat-menghormati antara satu  sama lain dalam memberi perkhidmatan yang menyeluruh kepada pelanggan dalaman dan luaran.

mISI

Untuk memastikan peningkatan kualiti secara berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui aktiviti peningkatan kualiti.

Objektif
  1. Untuk promosikan kesedaran kepentingan kualiti dikalangan kakitangan.
  2. Untuk membantu kakitangan menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti.
  3. Untuk melatih kakitangan mengenai program aktiviti peningkatan kualiti.
  4. Untuk memantau semua aktiviti peningkatan kualiti yang dijalankan di peringkat hospital.
  5. Untuk mengumpul data-data yang berkaitan untuk perancangan strategik dan penyelarasan aktiviti peningkatan kualiti.
  6. Untuk mengenalpasti dan menjalankan penilaian terhadap keberkesanan, kejayaan dan kegagalan aktiviti peningkatan kualiti.
Carta Organisasi
carta kualiti
 
PERKHIDMATAN

PEMANTAUAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATORS FOR ACCOUNTABILITY (HPIA)

  • Menyelaras aktiviti pemantauan pelaporan Hospital Performance Indicator For Accountability
  • Menyediakan pelaporan ke Unit Pencapaian Klinikal & Surveilans, Kementerian Kesihatan Malaysia

PEMANTAUAN KEY PERFORMANCE INDICATOR BAGI PROGRAM PERUBATAN (KPI)

  • Menyelaras aktiviti pemantauan pelaporan Key Performance Indicator bagi Program Perubatan (6 Jabatan Klinikal)
  • Menyediakan pelaporan ke Unit Pencapaian Klinikal & Surveilans, Kementerian Kesihatan Malaysia

PEMANTAUAN HOSPITAL PERFORMANCE & REPORT CARD

  • Menyelaras pelaporan Hospital Performance & Report Card ke Kemeneterian


PEMANTAUAN CLINICAL DEPARTMENTAL PROFILE

  • Menyelaras pelaporan parameter bagi setiap Jabatan klinikal


PEMANTAUAN INDIVIDUAL SPECIALIST PARAMETER

  • Menyelaras pelaporan parameter bagi setiap Pakar Klinikal


PEMANTAUAN INCIDENT REPORTING & ROOT CAUSE ANALYSIS

  • Menyelaras aktiviti pemantauan incident reporting di Institut Kanser Negara
  • Memastikan anggota melaporkan kes-kes incident mandatory dan voluntary
  • Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan atas insiden yang berlaku
  • Menyemak dan menghantar pelaporan RCA ke Unit Keselamatan Pesakit
  • Menyediakan statistik kes insiden bagi tahun 2015.

PEMANTAUAN MALAYSIAN PATIENT SAFETY GOALS

  • Menyelaras aktiviti pemantauan Malaysian Patient Safety Goals di IKN.
  • Memantau dan menilai status keselamatan rawatan pesakit melalui pelaksanaan system pemantauan “e-goals: patient safety”.
  • Membantu penyelaras jabatan / unit dalam aktiviti pemantauan Malaysian Patient Safety Goals
  • Merancang dan menjalankan aktiviti promosi dan pendidikan berkenaan keselamatan rawatan pesakit.
  • Menyediakan laporan pencapaian.
  • Menyelaras aktiviti pematuhan Patient Identification Compliance Audit 2 kali setahun

PENYELARAS BAGI HOSPITAL PRIVILEGING COMMITTEE

  • Memastikan kakitangan Institut Kanser Negara (IKN) mengamalkan rawatan perubatan berkualiti di mana hanya kakitangan terlatih, mahir dan cekap menjalankan kaedah rawatan yang tertentu

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

  • Mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan di IKN dari aspek perkhidmatan kemudahan, fasiliti dan lain-lain melalui Borang kajian kepuasan pelanggan untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang diedarkan 2 kali setahun.


URUSETIA QUALITY ASSURANCE PROGRAMME (QAP)

  • Mendedahkan peserta-peserta dari kalangan staf IKN dengan langkah-langkah bagi menjalankan sesuatu aktiviti QA serta memberi kesedaran dalam menjalankan aktiviti tersebut di bahagian masing-masing.
  • Meningkatkan pemahaman agar dapat menghasilkan projek-projek yang berkualiti bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

URUSETIA BAGI AKTIVITI PENSIJILAN AKREDITASI HOSPITAL

  • Menjadi urusetia bagi jawatankuasa akreditasi hospital
  • Membantu dalam aktiviti audit pematuhan ke arah akreditasi

AKTIVITI AUDIT DALAMAN

  • Menjalankan aktiviti audit dalaman bagi pelbagai aktiviti iaitu audit KPI, Audit dalaman HPIA, Self Survey Akreditasi, Malaysian Patient Safety Goals dan sebagainya.
hubungi

Senarai Pegawai Untuk Dihubungi:

Dr. Khadijah binti Sani
Ketua Unit
Unit Kualiti, Aras 4,
Institut Kanser Negara
Tel: 03-8892 5555 (4160)
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KJ Wan Rahayu Wan Hassan
Ketua Jururawat U32
Unit Kualiti, Aras 4,
Institut Kanser Negara
Tel: 03-8892 5555 (5417)
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.