PENGENALAN
Unit Kanser Registri IKN merupakan pusat bagi pengumpulan data/maklumat mengenai pesakit-pesakit kanser serta membuat analisis dan menghasilkan laporan yang relevan.
Unit Kanser Registri adalah pusat untuk Kanser Registri Kebangsaan. Unit ini menjadi pengkalan dalam pengumpulan data/informasi bagi semua kes-kes kanser di Malaysia. Sumber maklumat yang dikumpulkan adalah dari pelbagai sumber termasuk:
- Jabatan Patologi dari Hospital-hospital kerajaan dan swasta
- Jabatan Pendaftaran Negara.
- Pusat Informatik Kesihatan,KKM
- Jabatan Radioterapi & Onkologi dari Hospital-hospital kerajaan dan swasta.
Antara objektif Kanser Registri Kebangsaan adalah:
- Membuat analisa mengenai beban penyakit kanser dan taburan geografi, kadar kematian dan trend semasa.
- Mengenalpasti faktor-faktor penyebab kanser yang boleh membantu dalam merancang program pencegahan kanser.
- Mengenalpasti kumpulan penduduk yang berisiko tinggi pada kanser untuk merancang pencegahan yang lebih terperinci.
- Membuat penilaian program-program kanser termasuk perawatan yang terkini dan pencegahannya.
- Membantu dalam penyelidikan kanser.
Unit ini menjadi pusat registri bagi semua pesakit kanser di IKN (Hospital Based Registry)
Objektif Hospital Based Registri adalah:-
- Mengumpul semua maklumat pesakit kanser bagi Institut Kanser sahaja
- Data yang di kompilasi adalah : demografi, diagnosis, peringkat penyakit, jenis rawatan yang diterima
- Membuat analisa-analisa statistik dengan menggunakan data-data tersebut
- Membantu dalam membuat penilaian mengenai rawatan kanser di IKN
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan Kanser Registri Kebangsaan/Hospital Based Registry IKN adalah:-
- Mengumpul semua maklumat mengikut ‘variable’ sistem CanReg. Data-data seperti demografi, diagnosis, peringkat penyakit, jenis rawatan diterima, kesan sampingan yang dihadapi serta ‘patient outcome’.
- Membuat analisa statistik mengenai data-data diterima seperti ASR dan Crude Rate
- Membantu dalam penilaian mengenai rawatan yang diterima serta memperbaiki kaedah rawatan seterusnya.