Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Unit Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Awam

PENGENALAN

Unit Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Awam di Institut Kanser Negara merangkumi dua perkhidmatan iaitu, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health- OSH) dan Kesihatan Persekitaran (Environmental Health- EH).

Unit ini diketuai oleh Pegawai Perubatan Kesihatan Pekerjaan dan dibantu oleh kakitangan sokongan iaitu Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pembantu Tadbir.

VISI

Ke arah warga kerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta mempromosi tempat kerja dan persekitaraan yang bersih, selamat dan sihat.

Misi
  • Menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika dan profesional untuk warga kerja dan pesakit. 
  • Memastikan tempat kerja dan persekitaran bersih, selamat dan sihat.
Objektif

Objektif dibahagikan kepada dua fungsi unit iaitu fungsi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Kesihatan Persekitaran.

Objektif Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Institut Kanser Negara (IKN) bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan para pekerjanya dan juga orang awam yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di IKN yang merangkumi:

  • Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kakitangan serta pelanggan hospital sentiasa berada di tahap optima.
  • Mencegah masalah kesihatan di kalangan kakitangan IKN dan pelanggan akibat daripada pendedahan kepada persekitaran kerja, proses kerja dan amalan pekerjaan yang berisiko. 
  • Mencegah dan mengawal kejadian jangkitan penyakit-penyakit berjangkit termasuk penyakit nosokomial di hospital.
  • Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan epidemiologi dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.
  • Meningkatkan pengetahuan kakitangan dan pelanggan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menerapkan budaya kerja yang sihat lagi selamat.
  • Meningkatkan serta mengawal pangkalan data epidemiologi yang lengkap terutama berkaitan penyakit pekerjaan/keracunan dan kemalangan/kecederaan.

Objektif Bahagian Kesihatan Persekitaran

  • Merancang dan melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit supaya tidak berjangkit dan menular daripada pesakit ke pesakit, dari pesakit ke anggota dan dari pesakit kepada orang awam semasa berada di dalam IKN.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor di kawasan IKN.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan di kawasan IKN. 
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaaan   Akta-Akta Kesihatan di kawasan IKN.
  • Merancang melaksana dan memantau program Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di IKN.
FUNGSI

Fungsi Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Fungsi utama Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah berdasarkan kepada peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Bahagian III: Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (Seksyen 11) dan disenaraikan seperti berikut:

  • Memberi konsultasi dan rawatan di Klinik Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi kes-kes baru dan susulan yang berkaitan penyakit dan kecederaan pekerjaan
  • Pemeriksaan kesihatan anggota - KOSPEN PLUS ( Bersama dengan Unit Pendidikan Kesihatan dan Wellness Clinic)
  • Menyelaraskan Program SOHELP (Systematic Occupational Health Enhancement Level Program) berdasarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)
  • Program survelan kecederaan tersusuk jarum/benda tajam
  • Siasatan kes kecederaan tertusuk jarum
  • Menguruskan aktiviti-aktiviti dan mesyuarat yang melibatkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
  • Menjalankan Audit Keselamatan di tempat kerja
  • Penilaian Risiko Di Tempat Kerja – HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control)
  • Notifikasi kes kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan
  • Penyiasatan kes kemalangan dan kecederaan di tempat kerja
  • Penyiasatan penyakit pekerjaan di kalangan kakitangan hospital
  • Program Imunisasi Hepatitis B Kebangsaan (Bersama Wellness Clinic)
  • Program Imunisasi Seasonal flu(Influenza) (Bersama Wellness Clinic)
  • Pemeriksaan anggota yang terdedah kepada Sinaran X –ray (Bersama Wellness Clinic)
  • Saringan kesihatan untuk Pulmonary Tuberculosisdi kalangan kakitangan hospital yang berisiko tinggi (Bersama Wellness Clinic)
  • Penyiasatan dan pemeriksaan untuk kakitangan hospital yang menghidapi Latent Tuberculosis Infection (LTBI) (Bersama Wellness Clinic)

Fungsi Bahagian Kesihatan Persekitaran

Fungsi bahagian Kesihatan Persekitaran adalah berdasarkan Akta-akta tersebut

  • Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 - Kawalan penyakit berjangkit
  • Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 - Kebersihan dan kualiti makanan
  • Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 - Penguatkuasaan peraturan kawalan hasil tembakau
  • Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1976 - Pemantauan vektor
  • Pembuangan Sisa/Disposal of Waste
  • Promosi kesihatan
  • Penyiasatan Aduan berkenaan kesihatan awam
  • Menyimpan dan mengemaskinikan segala data-data dan menyediakan laporan berkala berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

 

Pegawai untuk dihubungi:

Nama

Jawatan

Emel @nci.gov.my

Telefon

 

Dr. Chin Yin Chung Melvyn

 

 

Ketua Jabatan

 

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 03-8892 5555 ext 5489

 

En. Mohd Jaya Bin Jaafar

 

Pen.Pegawai Perubatan

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

03-8892 5555 ext 4223

 En. Mahendran A/L Achuthan

 

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

 

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 03-8892 5555 ext 4212