Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

UNIT KAWALAN INFEKSI

Pengenalan

Unit Kawalan Infeksi adalah sebuah unit yang mengendalikan tugas-tugas pengawalan dan pencegahan infeksi untuk memastikan persekitaran tempat kerja adalah selamat kepada pelanggan yang mendapatkan rawatan dan juga kepada kakitangan yang bertugas di Institut Kanser Negara.

Unit ini mula dibuka pada Disember 2013 namun beroperasi sepenuhnya pada Januari 2014. Ianya diketuai oleh Pengarah Dr. Asmayani bt. Khalib, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Infeksi & Antibiotik (HIACC) , Dr Suhaila bt Md Hanapiah selaku Koordinator Program Kawalan Infeksi di IKN dibantu oleh seorang Ketua Jururawat Kawalan Infeksi dan 2 orang Jururawat Kawalan Infeksi.

VISI

Mewujudkan sebuah unit yang cemerlang dalam mengawal, mencegah dan memantau kadar Alert Organism & HCAI’s (HealthCare Associated Infection) di Institut Kanser Negara.

misi

Untuk memastikan setiap kakitangan di Institut Kanser Negara dapat memahami dan melaksanakan Program Kawalan Infeksi di jabatan, unit dan wad masing-masing demi menjadikan sebuah persekitaran kerja selamat dan bebas dari infeksi.

OBJEKTIF UNIT KAWALAN INFEKSI
  • Melaksanakan sistem Survelan Kawalan Infeksi yang efektif dan efisien sepanjang masa dalam mengawal kadar Alert Organism & HCAI’s (HealthCare Associated Infection) di Institut Kanser Negara.
  • Perlaksanaan Standard & Additional Precaution dikalangan kakitangan Institut Kanser Negara untuk mengelakkan transmisi infeksi demi penjagaan pesakit yang selamat dan bebas dari infeksi.
  • Melaksanakan Audit Hand Hygiene Compliance yang menjadi KPI/HPIA Pengarah dan perlu dicapai melebihi 75% oleh kakitangan Institut Kanser Negara.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran kakitangan tentang kepentingan kawalan infeksi melalui pembelajaran secara berterusan.
SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Unit Kawalan Infeksi di Institut Kanser Negara (IKN) meliputi perkhidmatan berikut:

  • Menjalankan National Surveillance setiap bulan bagi mengesan kadar infeksi dan memantau kes Alert Organisme dari semua jabatan/wad/unit.
  • Menjalankan Hand Hygiene Compliance Audit sebanyak 4 kali setahun berdasarkan kepada 5 Moments of Hand Hygiene di kalangan semua petugas perubatan dan kumpulan sokongan. Kadar Kepatuhan Hand Hygiene mesti mencapai Standard yang ditetapkan iaitu > 75%.
  • Memantau amalan Standard Precaution & Additional Precaution di patuhi oleh semua kakitangan di IKN ini melalui rondaan oleh Jururawat Kawalan Infeksi ke setiap wad/ unit/ klinik setiap bulan.
  • Menjalankan Environmental & Outbreak Surveillance apabila di syaki berlaku outbreak dan menjalankan siasatan kes semasa outbreak .
  • Menjalankan Sharp Injury Surveillance dan siasatan ke atas kes kecederaan tusukan alatan tajam/needle/splashes yang berlaku di Institut Kanser Negara.
  • Melaksanakan Program Orientasi bagi semua kakitangan kesihatan yang baru melaporkan diri dan berpindah masuk ke Institut Kanser Negara dengan memberikan ceramah Standard Precaution dan mengajar 7 step’s hand hygiene yang betul dan berkesan.
  • Melakukan Program Pengukuhan Imunisasi Hepatitis B di kalangan anggota perubatan mengikut kategori yang telah ditetapkan dan pemberian imunisasi bagi kakitangan yang belum di vaksinasi.
  • Melaksanakan Program Pembelajaran Secara Berterusan bagi kakitangan perubatan dan kumpulan sokongan untuk meningkatkan kesedaran dalam bidang kawalan infeksi melalui kursus,seminar,bengkel dan kempen yang di anjurkan di peringkat Institusi, luaran dan juga CNE (Continous Nursing Education) dari masa ke semasa.carta kawalan infeksi
PENJAWATAN STAF DAN KELAYAKAN

 JAWATAN K INFEKSI
Senarai Pegawai Untuk Dihubungi :-

Dr Suhaila Binti Md. Hanapiah
Ketua Penyelaras Program Kawalan Infeksi,
Unit Kawalan Infeksi, Aras 4,
Institut Kanser Negara
Tel: 03-8892 5555 (5458)
E-mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PJ Latifah Binti Mohd Korib
Penyelia Jururawat U36,
Unit Kawalan Infeksi, Aras 4,
Institut Kanser Negara
Tel: 03-8892 5555 (6249)
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KJ Noor Juliana Binti Tusin
Ketua Jururawat U32,
Unit Kawalan Infeksi, Aras 4,
Institut Kanser Negara
Tel: 03-8892 5555 (4158)
E-mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.