Pengenalan
Mengikut Traditional and Complementary Medicine Blueprint 2018-2027 (Health Care), Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) di Malaysia mempunyai tiga ciri-ciri unik. Pertama, PT&K di Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi warisan, sejarah, bahasa, falsafah, etnik asal, taburan geografi, dan tahap perkembangan amalan. Kedua, PT&K sangat berkaitan dengan budaya dan warisan setiap etnik di Malaysia. Ketiga, penyediaan perkhidmatan PT&K di Malaysia dikuasai oleh sektor swasta (terutamanya pemilik tunggal) dengan penglibatan sektor awam yang terhad.
Susulan daripada itu, Institut Kanser Negara (IKN) telah dikenalpasti sebagai salah satu institusi untuk memberikan perkhidmatan PT&K. Hospital - hospital lain yang turut menawarkan perkhidmatan PT&K kepada pesakit kanser ialah Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor), dan Hospital Likas (Sabah).
Perkhidmatan klinikal Unit PT&K, IKN mulai beroperasi pada 5 Disember 2013 dengan memberikan rawatan akupunktur. Unit PT&K, IKN mula menawarkan terapi herba kepada pesakit kanser pada 17 Mac 2014.
Perkhidmatan
A. RAWATAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
Perkhidmatan yang disediakan untuk pesakit kanser:
Rawatan yang ditawarkan |
Skop rawatan |
A) Akupunktur |
· Mengurangkan kesakitan pesakit kanser yang mengalami sakit kronik. · Membantu pemulihan pesakit pasca-strok. · Membantu melegakan loya dan muntah kesan daripada kemoterapi. |
B) Terapi Herba
|
· Sebagai terapi sokongan/sampingan (adjunct) kepada rawatan kanser konvensional, iaitu setelah pesakit kanser menjalani pembedahan atau selesai rawatan radioterapi atau kemoterapi. · Meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser. · Melegakan kesan sampingan daripada: a. Radioterapi (seperti kering mulut, keletihan,hilang selera makan dan lain-lain) b. Kemoterapi (seperti loya, muntah, hilang selera makan dan lain-lain) |
B.PENDIDIKAN PESAKIT
Selain daripada memberikan perkhidmatan PT&K, Unit kami turut terlibat dalam pendidikan perubatan menyampaikan ceramah mengenai rawatan PT&K kepada pesakit, orang awam serta anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan penyakit kanser menggunakan perubatan tradisional dan komplementari.
MISI
Untuk memimpin pengurusan penyakit barah menggunakan PT&K dengan –
- memberikan rawatan perubatan tradisional dan komplementari yang berkualiti;
- memberikan pendidikan kesihatan; dan
- melatih dan terlibat dalam penyelidikan berkaitan perubatan tradisional dan komplementari.
GARIS PANDUAN RUJUKAN KES BAHARU
Panduan Pesakit ke Unit Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K)
- Mendapatkan temujanji
- Temui Doktor anda (Doktor Pakar, Pakar Onkologi atau Pegawai Perubatan Berdaftar di bawah seliaan Doktor Pakar) supaya melengkapkan Care Extension to T&CM Services Form untuk anda mendapatkan Terapi Herba atau Akupunktur (rujuk bahagian Pertanyaan) dan hantarkan e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
-
Hubungi 03-8892 5414 untuk mendapatkan tarikh temujanji semasa waktu bekerja seperti berikut:
Waktu bekerja
Isnin- Khamis
Jumaat
Hujung minggu, cuti am
Pagi
8.00 pagi - 1.00 petang
8.00 pagi - 12.15 tengah hari
Tutup
Petang
2.00 petang - 5.00 petang 2.45 petang - 5.00 petang Tutup
KAJIAN PENYELIDIKAN
Hasil penyelidikan Unit PT&K, IKN adalah seperti berikut : Kajian Penyelidikan
PERTANYAAN
Sila tekan pada pautan berikut untuk maklumat lanjut.
- Contoh surat rujukan untuk diisi oleh doktor: Care Extension Form/ surat rujukan
- Panduan pesakit ke Unit PT&K , Institut Kanser Negara (Bahasa Inggeris)
- Panduan pesakit ke Unit PT&K , Institut Kanser Negara (Bahasa Cina)
- Soalan Lazim mengenai Unit PT&K