Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Unit Penyelidikan

PENGENALAN

Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre, CRC) adalah salah satu daripada enam institusi penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (National Institutes of Health, NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2000. Semenjak itu, ia telah berkembang kepada 32 rangkaian di hospital-hospital utama di Malaysia. Ibu pejabat rangkaian CRC, iaitu Pusat Penyelidikan Klinikal Kebangsaan, (National Clinical Research Centre, NCRC) terletak di Hospital Kuala Lumpur.

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Institut Kanser Negara (IKN) telah ditubuhkan secara rasmi pada 30 Oktober 2014.  Tujuan CRC IKN ditubuhkan adalah untuk menjalankan tugas-tugas penyelarasan aktiviti penyelidikan di IKN.

Carta organisasi

carta crc

 

Visi

To become a leading cancer research institution in the region.

MISI
  1. Menjadi pengantara dalam meningkatkan keupayaan penyelidikan di IKN dan seterusnya membantu dalam mencapai Key Performance Indicator Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Menjadikan IKN sebagai salah satu institusi penyelidikan yang dikenali di seluruh Malaysia dan antarabangsa.
oBJEKTIF
  1. Memantau aktiviti penyelidikan di Institut Kanser Negara
  2. Menyelaras pendaftaran penyelidikan dalam Pendaftaran Penyelidikan Perubatan Negara (National Medical Research Register, NMRR) kepada warga kerja IKN
  3. Memberi bantuan dan sokongan kepada warga kerja IKN yang berminat untuk menjalankan penyelidikan.
  4. Mengadakan latihan dan kursus kepada warga kerja IKN yang berminat dalam penyelidikan.
fUNGSI
  1. Membina keupayaan bagi menggalakkan penyelidikan dengan:
    1. Menjalankan latihan-latihan  seperti Good Clinical Practice, Good Research Practice dan Statistikal;
    2. Menjalankan latihan dalaman (in-house) Continous Professional Development secara rutin;
    3. Menyediakan khidmat rundingan bagi metodologi penyelidikan, rekabentuk kajian, protokol dan analisis statistikal;
    4. Mengadakan program bimbingan  untuk pegawai perubatan dan lain­lain pegawai yang berminat dalam penyelidikan.
  2. Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal dan lain-lain penyelidikan yang diterajui atau dikoordinasi oleh CRC Kebangsaan;
  3. Membantu mendaftarkan protokol penyelidikan di National Medical Research Register (NMRR) dan permohonan geran penyelidikan;
  4. Menyediakan kemudahan-kemudahan berikut untuk menyokong dan memperlicinkan aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital:
    • Pangkalan data pakar-pakar klinikal yang berminat dalam penyelidikan 
      • bidang yang diminati, simpanan rekod bagi Industry Sponsored Research (ISR) atau Investigator Initiated Research (IIR) dan penerbitan
    • Sokongan pentadbiran seperti ruang kerja, IT, penolong pegawai penyelidik dan koordinator kajian, dan lain-lain.
Pegawai untuk dihubungi
 

Dr. Wong Yoke Fui 

Ketua Unit 

Pusat Penyelidikan Klinikal 

Aras 4, Institut Kanser Negara

Emel: email dr wong

 

 

 

 

Cik Siti Fatimah Zahra Mohd Anuar

Pengurus Pentadbiran & Pegawai Penyelidik

Tel: 03- 88925555, ext 4168

Faks: 03- 88925622

Emel: fatimahzahra e