Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Unit Kejururawatan

Latar Belakang Mengenai Perkhidmatan Kejururawatan di Institut Kanser Negara

Perkhidmatan kejururawatan dalam  perawatan pesakit menitikberatkan aspek-aspek preventif, kuratif,rehabilitasi dan pendidikan kesihatan yang berterusan. Fungsi yang luas ini memerlukan warga kerja yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti aktiviti unit dan perkhidmatan kejururawatan dengan berkesan.

Perawatan kemoterapi memerlukan anggota jururawat yang mempunyai kemahiran dengan mengikuti latihan pos basik Onkologi bagi membolehkan  mereka bertugas diIKN. Oleh yang demikian adalah amat penting permohonan pengwujudan dan pengisian awal jawatan jururawat diberi keutamaan sebagai persediaan untuk mereka menjalani kursus/latihan yang berkaitan apabila IKN siap kelak.

 

Penempatan Jururawat Mengikut Disiplin di IKN Adalah Seperti berikut :

       1)    Unit Kejururawatan

       2)   Perubatan  Onkologi

ü  Klinik Onkologi

ü  Unit Rawatan Harian Onkologi

ü  Wad Radioterapi / Onkologi 1- Perempuan

ü  Wad Radioterapi / Onkologi 2 – Perempuan

ü  Wad Radioterapi / Onkologi 1 – Lelaki

ü  Wad Radioterapi / Onkologi 2 – Lelaki

ü  Wad Kelas Pertama – Wad Multidisplin

        3)   Pembedahan Onkologi

ü  Klinik Multidisiplin

ü  Wad Pembedahan Onkologi – Perempuan

ü  Wad Pembedahan Onkologi - Lelaki

       4)   Unit Perawatan  Radioterapi

ü  Unit  Radioterapi

ü  Brakiterapi ( 2 Bilik bedah )

       5)    Perubatan Nuklear Diagnostik Dan Terapi

ü  Unit Perubatan Nuklear Diagnostik/Klinik

ü  Wad Terapi Perubatan Nuklear ( 28 bilik pegasingan )

       6)   Pengimejan Dan Diagnostik

        7)    Anestesiologi

ü  Unit Rawatan Rapi ( ICU )

ü  Dewan Bedah Umum ( 4 Bilik Dewan Bedah )

        8)    Unit Kecemasan

        9)   Unit Bekalan Bahan Steril ( CSSU)

       10)  Unit Kawalan Infeksi

       11)   Paliatif & Rehabilitasi

ü  Unit Jagaan Palliatif

ü  Unit Lawatan Rumah

       12)   Promotif Kesihatan Awam & Perkihdmatan   Pencegahan Kanser

       13)    Perubatan Tradisional Dan Komplimentari

       14)   Unit  Kualiti

    

       15)  Registri Kanser

 

Peranan dan Tugas Jururawat Mengikut Disiplin Di IKN

 

       1)    Perkhidmatan Klinik Pakar

        ·   Perkhidmatan rawatan bagi klinik pakar  dijalankan setiap hari di klinik Onkologi , Perubatan Nuklear Diagnostik, Klinik Multidisplin dan Klinik Radioterapi untuk follow up and review pesakit yang telah mendapat rawatan radioterapi. Semua klinik-klinik di IKN akan beroperasi  pada setiap hari bekerja Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

      2)    Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam

    2.1  Wad – wad Radioterapi & Onkologi dan Wad Pembedahan Onkologi

·   IKN menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit dalam untuk pesakit yang memerlukan rawatan yang lebih rapi.Keperluan jururawat terlatih adalah mengikut ratio keperluan jururawat serta begantung kepada tahap kesihatan pesakit

·   Semua wad-wad ini akan beroperasi 24 jam dan dijaga oleh Ketua Jururawat y/m wad berkenaan dan Ketua Jururawat  yang bertugas atas panggilan pada waktu malam dan hari cuti.

    2.2  Wad Perubatan Nuklear Terapi

·   Perubatan Nuklear menyediakan perkhidmatan Diagnostik dan Terapi untuk pesakit luar dan pesakit dalam di peringkat semua umur. Jururawat dijabatan ini juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran iaitu kursus pos basik Onkologi bagi membolehkan mereka membantu Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi.

·   Jururawat juga bertanggungjawab memantau pesakit untuk any adverse reactions semasa dan selepas menerima rawatan bahan radioaktif.

      3)    Perkhidmatan Unit Rawatan Harian Onkologi  ( Day Oncology Unit )

           ·   Unit Rawatan Harian diadakan di hospital adalah untuk menampung pesakit-pesakit  yang tidak memerlukan pemerhatian berterusan oleh Health Care Providers. Pesakit hanya perlu datang mengikut jadual yang ditetapkan bagi meneruskan jagaan perawatan mereka di unit ini.

           ·    Unit ini dijangka akan beroperasi 2 syif setiap hari bekerja Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.00 pagi - 9.00 malam.

      4)    Perkhidmatan Anestesiologi

           4.1  Dewan Bedah Am

           ·    Dibawah perkhidmatan ini , IKN mempunyai 2 dewan bedah iaitu dewan bedah surgeri dan   dewan bedah  brakiterapi yang akan berfungsi sepenuhnya bila siap kelak.

           ·    Peranan dan tanggungjawab jururawat di dewan bedah ialah membantu pegawai perubatan dan penjagaan pesakit dalam penyediaan sebelum, semasa dan selepas pembedahan.

  4.2 Unit Rawatan Kritikal  (ICU)

   ·    Fungsi utama jururawat ICU ialah memberikan perawatan intensif/rapi kepada pesakit kritikal dengan menggunakan peralatan bantuan penafasan, resusitasi pesakit dan sebagainya.

   ·     Oleh itu untuk perjawatan jururawat di ICU, perlu membuat perancangan yang teliti dengan mengambil kira ruang fizikal di ICU dan juga kemahiran jururawat di Specialised Unit supaya rawatan pesakit yang diberi berkualiti.

      5)    Perkhidmatan Unit Bekalan Bahan Steril  ( CSSU ) IKN

          ·    Fungsi utama CSSU adalah untuk menyediakan perkhidmatan pensterilan dan pembekalan bahan-bahan dan peralatan steril dengan memantau kawalan kualiti pada produk yang dibekalkan kepada pengguna.

          ·    Jururawat yang bertugas perlu memastikan polisi kawalan infeksi dipatuhi dan sentiasa menepati prinsip-prinsip dan piawaian  pensterilan yang ditetapkan untuk mengelak jangkitan silang.

          ·    Beroperasi setiap hari bekerja Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.00 pagi - 5.00 petang dan juga bertugas atas panggilan (On call)pada hari Sabtu dan Ahad

      6)    Perkhidmatan  Unit Kecemasan

          ·    Unit Kecemasan adalah satu saluran untuk pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan kanser dan kemasukan kewad atau keklinik yang berkaitan.

          ·    Beroperasi 24 jam setiap hari dengan anggota jururawat bertugas 3 syif. Peranan jururawat disini menerima pesakit dikaunter dan bertanggung jawab         membantu Pakar/Pegawai Perubatan.

      7)    Perkhidmatan  Unit Kawalan Infeksi

          ·    Peranan Jururawat Kawalan Jangkitan di hospital ialah pemantauan  di wad-wad atau Unit Rawatan  khas yang berisiko seperti yang terlibat dengan jangkitan nosokomial tertentu (MRSA,ESBL).

          ·    Beliau juga bertanggungjawab dalam pengurusan data, pemantauan semasa berlaku wabak, pemantauan dan pegumpulan data  kecederaan tajam anggota kerja.

      8)    Perkhidmatan  Jabatan Pengimejan Dan Diagnostik

         ·   Perkhidmatan Pengimejan Dan Diagnostik di IKN merupakan salah satu perkhidmatan yang penting dalam perawatan pesakit kanser yang  meliputi aspek-aspek perkhidmatan diagnostic and  therapeutic.

        ·   Peranan jururawat membantu Pegawai Perubatan sekiranya terdapat masalah dalam prosidur tersebut dan membuat pemerhatian selepas pesakit diberi kontras mengelakkan adverse drug reaction.

      9)     Perkhidmatan  Unit Paliatif & Unit Rawatan Kanser Di Rumah

           ·    Unit Palliatif menyediakan perkhidmatan untuk semua pesakit kanser  di IKN dan akan juga kepada pesakit-pesakit kanser yang dirujuk dari hospital-hospital kerajaan yang lain

           ·    Jururawat yang bertugas diunit ini mestilah mempunyai latihan khusus dalam paliatif ( Specialist Palliative Care Nurse ), yang mahir dalam teknik pengendalian kes-kes perawatan paliatif dan juga penyelengaraan peralatan khas yang digunakan di Unit Paliatif cth: syringe drivers, PCA pumps dan dll.

           ·     Unit ini juga mempunyai perkhidmatan Unit Rawatan Kanser  Di Rumah (Home Cancer  Care Unit) dimana tugas dan tanggungjawab jururawat adalah melakukan lawatan kerumah pesakit dan menjalankan prosidur minor  seperti wound dressing, change of catheter, change of Ryles Tube dll. 

      10)  Perkhidmatan Pencegahan Kanser & Promotif Kesihatan Awam

             ·    Peranan jururawat diunit ini menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan kepada pesakit-pesakit kanser, dan ahli keluarga mereka.

             ·    Mengendali aktiviti-aktiviti promosi pendidikan kesihatan di jabatan-jabatan dan unit-unit lain di hospital yang bekerjasama dengan Unit Promosi Kesihatan.

      11)  Perkhidmatan Unit Registri Kanser Kebangsaan

            ·    Jururawat yang bertugas disini membantu dalam merancang, melaksana dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti Registri Kanser di peringkat kebangsaan.

 

      12)  Perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplimentari

            ·   Jururawat disini menjalankan penyaringan dan pemeriksaan pesakit mengikut prosedur yang ditetapkan dan pemantauan keatas pengamal tradisional dalam aspek ‘Quality Control’ dipatuhi .

      13)  Perkhidmatan Unit Kualiti

            ·    Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan sokongan kepada aktiviti – aktiviti kualiti yang dijalankan di IKN nanti.

            ·    Peranan jururawat disini bersama dengan pegawai-pegawai lain membantu dalam pengurusan pegumpulan data , menganalisa semua laporan berkaitan dengan kualiti hospital.