Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

UNIT PEMULIHAN PERUBATAN FISIOTERAPI

fisioterapi1
Pengenalan

Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi memberikan perkhidmatan dalam pemulihan maksimum anggota badan yang merangkumi pemulihan pergerakan dan fungsi anggota badan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kanser. Di samping itu, unit ini turut menyediakan pendidikan kesihatan bagi pesakit dan akan menjadi pusat latihan dan pembelajaran bagi fisioterapi dari lain-lain hospital / daerah dan pelatih-pelatih fisioterapi.

Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi berusaha untuk membekalkan penjagaan perawatan pesakit kanser yang berkualiti terutamanya kepada keupayaan fungsi yang optima dan berdikari. Perkhidmatan ini merangkumi teknik perawatan yang berkesan dan sistemetik disamping pendidikan pesakit dalaman, luaran dan komuniti oleh kumpulan fisioterapi yang berdedikasi dan bertangungjawab

VISI

Untuk memberikan perkhidmatan Fisioterapi yang ebrkualiti untuk penjagaan pesakit, penerimaan dan penyediaan kepada semua komuniti dan Institut Kanser Negara akan menjadi salah satu Pusat Perubatan yang menyediakan Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi yang ulung dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Unit Pemulihan Perubatan Fsioterapi akan:

1. Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang menyeluruh dalam membudayakan korporat iaitu sifat penyayang, professionalisme dan kerja berpasukan pada semua peringkat komuniti.
2. Memupuk amalan yang berasaskan bukti dan sokongan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan pengeluaran dan keberkesanan dalam perawatan fisioterapi.
3. Memastikan penyertaan daripada pihak individu dan ahli keluarga dalam program bersama fisioterapi bagi melancarkan perjalanan perawatan yang berkesan
4. Menyediakan sumber-sumber pengetahuan dan program-program pembangunan professional yang berterusan untuk semua staf-staf fisioterapi dan pelatih fisioterapi.

PERKHIDMATAN

Antara program rawatan dan rehabilitasi yang disediakan di Unit fisioterapi ialah:
1. Cardiorespiratory/Critical care
2. Incontinence for male and female
3. Pain management
4. Musculoskeletal
5. Home care
6. Lymphedema