Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

JABATAN FARMASI

farmasi1
Pengenalan

Jabatan Farmasi merupakan sebuah jabatan yang berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan farmasi berkonsepkan penjagaan farmaseutikal secara menyeluruh. Perkhidmatan ini melibatkan pelbagai jenis perkhidmatan farmasi klinikal yang berobjektifkan peningkatan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan, penjagaan serta rawatan yang diterima oleh pesakit.

Perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan pelbagai jabatan dan disiplin perubatan yang lain dari segi penyebaran maklumat berkaitan farmakoterapi, penggunaan ubat-ubatan secara rasional, meningkatkan kefahaman dan pendidikan pesakit berkenaan ubat-ubatan yang digunakan supaya keberkesanan terapi dalam rawatan dapat dipertingkatkan.

Perkhidmatan

1. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar

Farmasi Pesakit Luar yang ditempatkan di aras 3 Institut Kanser Negara memberikan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit di Klinik Pakar, Klinik Multidisiplin, Klinik Perubatan Nuklear, Unit Rawatan Harian dan Unit Kecemasan Kanser.

    • Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Pharmacy Value Added Service)
Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi merupakan satu perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi KKM dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pesakit. Objektif perkhidmatan diperkenalkan adalah untuk mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi dan menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit. Perkhidmatan VAS yang disediakan di IKN adalah Ubat Melalui Pos, Farmasi Pandu Lalu dan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu.
    • Ubat Melalui Pos

Merupakan perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit melalui pos dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini merupakan kerjasama di antara KKM dan Pos Malaysia Berhad. Perkhidmatan ini ditawarkan hanya bagi kiriman ubat kepada pesakit di Malaysia sahaja dalam lingkungan kawasan pungutan dan serahan pos laju.

    • Farmasi Pandu Lalu

Farmasi Pandu Lalu merupakan kaunter khas berasingan dari Farmasi Pesakit Luar untuk pengambilan ubat susulan pesakit. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, pesakit tidak perlu menunggu lama kerana ubat akan disediakan lebih awal sebelum pesakit datang ke farmasi. Pada hari temujanji, pesakit hanya perlu mendapatkan bekalan ubat secara pandu lalu tanpa perlu menghadapi masalah mencari tempat meletak kenderaan.

    • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

Sistem pembekalan ubat-ubatan melalui SPUB merupakan perkhidmatan di mana pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia yang tersenarai di dalam direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh Negara.

2. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam

    • Farmasi bekalan wad/satelit farmasi

Berfungsi sebagai one stop centre bagi perkhidmatan pesakit dalam. Pembekalan ubat-ubatan bagi kegunaan pesakit dijalankan dalam dua cara iaitu unit dose dan floor stock. Matlamat utama adalah untuk menyediakan perkhidmatan farmasi yang berkonsepkan patient care.

# Unit dose

Sistem pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut dos individu untuk tempoh 2 jam. Ubat di bungkus dan di label dalam satu unit dose penggunaan mengikut waktu pemberian ubat dan diletakkan di dalam bin individu pesakit. Terdapat beberapa impak positif dari sistem unit dose iaitu menggunakan insdien kesalahan pengubatan, menggunakan jumlah keseluruhan kos pengubatan, meningkatkan kecekapan penggunaan eprsone dan meningkatkan interkasi antara personel.

# Floor stock
Pembekalan dilakukan bagi ubat-ubatan yang cepat bergerak dan sering digunakan di wad-wad

Bed side dispensing
Perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang menyeluruh, perkhidmatan bed side dispensing juga diberikan kepada pesakit-pesakit yang mendaftar dari wad-wad IKN. Dengan adanya perkhidmatan ini pembekalan ubat-ubatan djalankan di katil pesakit secara individu. Pesakit akan berinteraksi dengan pegawai farmasi dengan lebih dekat tanpa perlu menunggu di farmasi pesakit luar.

    • Perkhidmatan farmasi klinikal / farmasi wad

- Merupakan komponen utama dalam penjagaan farmaseutikal. Perkhidmatan ini mengamalkan prinsip patient centred, outo comes oriented practice. Ia melibatkan rondaan wad bersama oncology ward round team bagi mempromosikan kesihatan, mencegah penyakit dan bagi menilai, memantau, memulakan rawatan bagi memastikan terapi ubat yang berkesan dan selamat

    • Perkhidmatan farmakoninetik klinikal

- Merupakan perkhidmatan yang terdapat di bawah jabatan farmasi. Memastikan safe and efficacious regim rawatan memlalui aplikasi konsep farmakokinetik / farmakodinamik.

3. Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun

    • IKN juga menyediakan perkhidmatan ubat-ubatan berasaskan fakta dan evidence based medicine (EBM) kepada kumpulan profesional perubatan, paramedic dan orang awam yang dapat membantu dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berkaitan terapi ubat-ubatan pesakit. Unit ini turut berfungsi dalam penyediaan formular ubat hospital, menyediakan latihan dan pembelajaran berterusan untuk anggota jabatan farmasi, serta sebagai pusat rujukan informasi ubat-ubatan dan pemantauan kesan sampingan ubat-ubatan atau panggil balik produk farmaseutikal.
    • Antara fungsi lain ialah:
      - membuat aduan kesan advers ubat
      - membuat laporan kesilapan pengubatan
      - membuat aduan produk
      - membuat permohonan memperolehi dan menggunakan ubat yang memerlukan kelulusan khas dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Pengarah kanan perkhidmatan farmasi (Item KPK)

4. Perkhidmatan Kaunseling Ubat-ubatan dan Pendidikan Pesakit di Klinik Pakar

    • Perkhidmatan kaunseling turut dijalankan di farmasi klinik pakar. Perkhidmatan kaunseling ubat ubatan yang diberikan oleh pegawai farmasi kepada pesakit turut merangkumi pengenalpastian masalah tingkah laku pengambilan ubat oleh pesakit yang menyumbang kepada kegagalan terapeutik. Pengenalpastian punca masalah disusuli dengan sesi kaunseling yang berterusan untuk memperbaiki kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan selaras dengan usaha mempromosi kesihatan dan gaya hidup sihat, serta pencegahan kepada faktor penyebab kepada peningkatan komplikasi penyakit.

5. Perkhidmatan Penghantaran Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UMP 1M)

    • Merupakan perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit melalui pos dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1 Malaysia merupakan salah satu daripada perkhidmatan nilai tambahan yang boleh dipilih oleh pesakit yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini merupakan kerjasama diantara KKM dan Pos Malaysia Berhad. Perkhidmatan ini ditawarkan hanya bagi kiriman ubat kepada pesakit di Malaysia sahaja dalam lingkungan kawasan pungutan dan serahan pos laju.

    • Objektif perkhidmatan:
      - Mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi
      - Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit
      - Meningkatkan tahap kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan

    • Kelebihan:
      - Menjimatkan kos dan masa
      - Menjamin bekalan ubat berterusan

6. Perkhidmatan Farmasi Perubatan Tradisional Komplementari

    • Farmasi Perubatan Tradisional dan Komplimentari menawarkan perkhidmatan pembekalan herba kepada pesakit kanser di hospital ini pegawai farmasi di unit ini juga bertanggungjawab menjalankan penyaringan terhadap preskripsi untuk memastikan rasional penggunaan herba, mencadangkan alternatif herba yang sesuai dengan membekalkan herba berserta arahan secara pengambilan herba yang betul. Antara perkhidmatan lain ialah memberikan kaunseling ubat-ubatan dan herba-herba pesakit, pemantauan pekembangan pesakit, membuat laporan kesan sampingan dan inetraksi ubat-ubatan dan herba (jika ada) dan pemantauan penggunaan ubat dan herba.

7. Perkhidmatan Farmasi Nuklear

    • Merupakan perkhidmatan sokongan kepada jabatan perubatan nuklear. Ia bertujuan bagi memastikan semua aktiviti berkaitan dengan perolehan, penyediaan dan pendispensan dan kawalan kualiti radiofarmasi di lakukan mengikut tatacara yang betul bagi memastikan produk radiofarmasiutikal yang berkualiti, selamat dan berterusan dihasilkan. Selain itu kaunseling ubat-ubatan dengan pengimejan turut dijalankan.

    •  Perkhidmatan:
      - Pembelian dan penerimaan bahan radioaktif dan bukan radiokatif
      - Penyediaan, ujian kawalan mutu dan pembekalan radiofarmaseutikal berasaskan technetium-99m
      - Penyediaan dan pendispensan radioiodine (iodine-131)
      - Penyediaan dan pendispensen iodine-131 metaiodobenzyl guanidine (I-131 MIGB)
      - Farmasi satelit
      - Kaunseling pesakit yang akan menjalani pengimejan perfusi jantung