Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

JABATAN DIETETIK & SAJIAN

dietetik8
Pengenalan

Pembukaan Jabatan Dietetik dan Sajian di Institut Kanser Negara (IKN) adalah pada September 2013 dan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat. Jabatan ini terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Dietetik yang terletak di Aras 3, IKN dan Unit Sajian di Aras 1.

Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal dalam Total Hospital Information System (THIS). Jabatan ini menyediakan dua perkhidmatan utama terdiri daripada perkhidmatan klinikal dietetik dan perkhidmatan sajian makanan pesakit.

Perkhidmatan Klinikal Dietetik merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang memberikan perkhidmatan Medical Nutrition Therapy kepada pesakit sebagai aktiviti utama. Perkhidmatan Dietetik Klinikal dapat dibahagikan kepada dua iaitu perkhidmatan pesakit dalam (wad) dan pesakit luar (klinik pakar dan rawatan harian). Perkhidmatan Dietetik bagi pesakit dalam melibatkan perkhidmatan Terapi Pemakanan Perubatan kepada semua pesakit. Perkhidmatan Dietetik pesakit luar pula melibatkan perkhidmatan Terapi Pemakanan Perubatan kepada pesakit sama ada secara individu atau berkumpulan di Klinik Onkologi dan Klinik Multidisiplin. Disamping itu juga, Jabatan Dietetik dan Sajian juga menyediakan perkhidmatan lawatan ke rumah sebagai rawatan susulan selepas pesakit keluar daripada hospital.

Perkhidmatan Sajian pula mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat sepenuhnya secara outsourcing. Perkhidmatan Sajian pula melibatkan perkhidmatan pembekalan makanan kepada pesakit di dalam wad bagi kelas satu, dua, tiga dan wad kanak-kanak termasuk pesakit di pusat rawatan harian. Perkhidmatan ini diswastakan kepada syarikat luar dan Jabatan Dietetik dan Sajian bertanggungjawab ke atas pemantauan perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, bahagian perkhidmatan sajian juga membekalkan diet kepada doktor bertugas atas panggilan dan bekalan catuan makanan kepada anggota bertugas malam, mengikut kelayakan masing-masing serta kepada ibu yang menemani anak di hospital.

Jabatan Dietetik dan Sajian turut terlibat di dalam kajian dietetik klinikal dan penyelidikan makanan serta memberi latihan praktikal kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi bagi membantu memperkembangkan dan menambahkan kefahaman serta kemahiran dalam pengurusan pesakit kanser khususnya dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Visi

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha untuk memajukan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan dalam usaha untuk memastikan rawatan pesakit sejajar dengan misi dan visi Institut Kanser Negara dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan yang ditawarkan menekankan kepada praktikaliti, kreativiti dan ilmu pengetahuan terhadap penambahbaikan kualiti berterusan

Misi

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha untuk:

  •  Dietetik
    • Membantu di dalam rawatan pemulihan pesakit dengan cara menyediakan kepakaran dalam perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan
    • Memberi kerjasama dalam aktiviti pendidikan kesihatan.
  •  Sajian
    • Merancang menyediakan makanan berkualiti berdasarkan keperluan nutrisi prosedur piawai penyajian makanan, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan.
    • Untuk melaksanakan pengurusan berkualiti berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan oleh pihak berkaitan.
Perkhidmatan

Perkhidmatan Yang Disediakan:

Unit Dietetik

Unit Dietetik ini memberi perkhidmatan kaunseling pemakanan, menyediakan makanan atau minuman khas bagi pesakit yang memerlukan nutrisi khas (enteral formula/tube feeding) oleh pegawai-pegawai Dietetik yang bertugas. Antara skop perkhidmatan unit dietetik adalah:

  • Perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit dalam.
  • Perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit luar.
  • Pemberian pendidikan pemakanan kepada anggota hospital atau jabatan luar apabila dikehendaki.
  • Penglibatan dalam kajian dan penyelidikan.

Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam perkhidmatan dietetik ialah:

1. Perkhidmatan Pesakit Dalam

Terdapat 10 wad (termasuk ICU) di IKN dengan jumlah katil sebanyak 252. Perkhidmatan ini akan melakukan nutritional screening kepada semua pesakit dalam yang masuk ke dalam wad. Semua rujukan yang digunakan adalah auto refer iaitu yang mana semua pesakit baru perlu dilihat oleh Pegawai Dietetik tanpa memerlukan rujukan. Di sini Pegawai Dietetik akan melakukan nutrition care process seperti nutritional assessment, nutritional monitoring and evaluation bagi setiap pesakit yang dilihat. Setiap pesakit akan dilihat secara individu.

2. Perkhidmatan Klinik Pakar

  • Klinik Klinik Pakar

Bagi Klinik Onkologi dan Klinik Multidisiplin yang mana pesakit perlu dirujuk kepada Pegawai Dietetik bagi menilai tahap dan status makanan (nutritional assessment) dan perkhidmatan kaunseling diberikan berdasarkan keperluan. Pesakit akan dilihat secara individu mengikut temujanji dan jadual klinik yang telah ditetapkan. Lawatan susulan akan diberikan kepada pesakit sehingga mencapai matlamat perawatan yang ditetapkan. Pendidikan kesihatan diberikan mengikut keperluan pesakit.

  • Unit Rawatan Harian

Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi perlu dirujuk dan dilihat kepada Pegawai Dietetik bagi membuat penilaian tahap pemakanan mereka dan memberi perkhidmatan kaunseling mengikut keperluan.

  • Unit Rawatan Radioterapi

Pesakit yang sedang menjalani rawatan radioterapi perlu dirujuk kepada Pegawai Dietetik bagi membuat penilaian tahap pemakanan dan akan diberi perkhidmatan kaunseling mengikut keperluan.

  • Perkhidmatan Lawatan Ke Rumah

Perkhidmatan ini dijalankan secara berkumpulan (Multi Disciplinary team) yang terdiri daripada pasukan Unit Perawatan Kanser di Rumah (Home Cancer Care Unit) bagi pesakit-pesakit yang memerlukan sokongan nutrisi dan penilaian pemakanan secara berterusan di rumah mereka.

Unit Dietetik menjalankan kajian / penyelidikan / quality assurance (QA) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta bermatlamat untuk menjadi salah satu hospital rujukan bagi kes-kes kanser di seluruh Malaysia.

Unit Sajian

Perkhidmatan Sajian Makanan di Institut Kanser Negara dijalankan secara berpusat di mana makanan akan disediakan, dimasak, dimasukkan ke dalam tray makanan individu mengikut jenis diet dan dihidangkan kepada pelanggan. Segala peralatan hidangan perlu dikutip semula untuk dibersihkan dan disimpan di Jabatan Dietetik dan Sajian, Institut Kanser Negara. Semua kerja-kerja ini dijalankan oleh kontraktor yang dilantik di premis yang disediakan dan perlu mengikut arahan kerajaan dari semasa ke semasa. Kontraktor adalah bertanggungjawab melaksanakan operasi perkhidmatan makanan kepada pelanggan di Institut Kanser Negara.

Unit Sajian ini juga bertanggungjawab memantau pihak syarikat swasta yang menyediakan makanan di IKN dari peringkat penerimaan bahan mentah, penyediaan makanan sehingga penghidangan makanan kepada pesakit bagi memastikan makanan hendaklah bersih, berkualiti dan ketepatan diet dipatuhi.

Di samping itu juga, diet bagi pegawai-pegawai perubatan atas panggilan dan anggota kerajaan di bilik bedah disediakan berdasarkan pekeliling yang berkaitan. Bertanggungjawab menyediakan night ration untuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas malam juga mengikut pekeliling yang berkaitan. Membekalkan produk pemakanan enteral dan set tiub pemakanan enteral kepada pesakit di wad. Unit ini juga terlibat dalam menjalankan kajian dan penyelidikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan makanan.

  • Skop Perkhidmatan
    • Semua pesakit akan dihidangkan dengan 4 kali waktu hidangan kecuali pesakit Diabetik akan mendapatkan 2 hidangan tambahan iaitu minuman pagi dan minum malam.
    • Diet dihidangkan kepada pesakit mengikut masa yang telah ditetapkan iaitu waktu Window Serving Time seperti berikut:
HIDANGAN
WAKTU HIDANGAN DI WAD

 Sarapan

7.00 – 7.30 pagi

 Minum Pagi*

10.00 – 10.30 pagi

 Makan Tengahari

12.00 – 12.30 tengahari 

 Minum Petang

3.00 – 3.30 petang

 Makan Malam

6.30 – 7.00 petang

 Minum Malam*

9.00 – 9.30 malam

* hanya untuk pesakit diabetik yang telah mendapat preskripsi Pegawai Dietetik Kerajaan

Pusat Rawatan Harian akan mendapat hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.