Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Sukarelawan

kaunter kerja sosial pesakit

Objektif Perkhidmatan Sukarelawan
  1. Memberi sokongan bagi memenuhi keperluan sosial, kebajikan dan emosi pesakit-pesakit semasa mereka menjalani program rawatan dan pemulihan di Institut Kanser Negara
  2. Membantu pesakit menerima hakikat bahawa penyakit yang dihadapi serta  rawatan  dan pemulihan.
  3. Menggalakkan suasana kasih sayang dan tolong menolong di dalam masyarakat.
  4. Menggalakkan kerjasama di antara kakitangan Institut Kanser Negara, masyarakat dan NGO.
Etika Kerja
  1. Mesti melaporkan kedatangan kepada Penyelaras Program Sukarelawan.
  2. Perlu bertugas mengikut masa yang ditetapkan.
  3. Merahsiakan semua maklumat perubatan pesakit.
  4. Mengawal penglibatan emosi dan fizikal dengan pesakit.
  5. Tidak bersifat  diskriminasi berdasarkan warna kulit, bangsa, agama, status dan sebagainya.
  6. Jujur dan amanah.
  7. Sentiasa memakai kad sukarelawan dan vest apabila memberikan perkhidmatan sukarela di Institut Kanser Negara.
  8. Tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri.
Had dan Batasan
  1. Tidak dibenarkan campurtangan dengan semua urusan rawatan pesakit seperti rancangan rawatan pesakit, prosedur rawatan, prosedur kejururawatan, rancangan dan prosedur pemulihan dan lain-lain.
  2. Semua maklumat adalah sulit. Sukarelawan  tidak dibenarkan mengguna, mencetak, membaca, mengeluarkan atau dengan apa cara maklumat-maklumat pesakit termasuk melalui media cetak atau media elektronik. Contohnya Facebook, aplikasi Whatapps, We Chat, email, Instagram, Twitter dan lain-lain lagi.
  3. Semua perkara berkaitan dengan diagnosis dan prognosis pesakit hendaklah dirujuk kepada pakar perubatan atau pegawai perubatan yang bertanggungjawab.
  4. Sukarelawan mesti mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Larangan Tempat Bertugas Kecuali dengan Kebenaran
  • Pesakit di bawah perintah mahkamah seperti banduan dan lain-lain
  • Bilik pengasingan
  • Bilik rekod perubatan
  • Bilik Bedah
  • Unit Rawatan Rapi
  • Bilik Mayat (Forensik)
  • Tempat-tempat lain yang dikenalpasti oleh pihak IKN     
Peranan Sukarelawan

Sokongan Sosial dan Kebajikan Pesakit

  • Membawa bahan-bahan bacaan
  • Membantu mengendalikan perpustakaan bergerak.
  • Mengadakan jamuan sempena hari-hari perayaan, hari lahir pesakit sekiranya perlu dan sesuai mengikut keadaan .
  • Membaca/melukis bersama-sama pesakit.
  • Membantu memberi penerangan dan menunjuk lokasi wad/klinik/jabatan kepada pesakit.
  • Mencuci / memotong kuku.
  • Memberi khidmat pendidikan dan tuisyen kepada pesakit-pesakit yang masih bersekolah dan terpaksa menjalani rawatan jangka panjang di wad.
  • Membantu membelikan makanan / minuman di kafetaria dan kedai serbaneka di Institut Kanser Negara sekiranya diminta oleh pesakit.
  • Bantuan kewangan adalah tidak dibenarkan.

kaunter pesakit wheelchair

Sokongan Emosi dan Kerohanian

  • Memberikan sokongan emosi dan kerohanian kepada pesakit-pesakit yang memerlukan terutama mereka yang sedang menjalani rawatan pemulihan.
  • Walau bagaimanapun anda hanya dibenarkan memberi sokongan emosi kepada pesakit yang sama agama dan kepercayaan.
  • Persetujuan pesakit juga perlu diperolehi sebelum anda diberi kebenaran untuk memberi perkhidmatan.

kaunseling kerjasosial

Pegawai Penyelaras

Pegawai Penyelaras Sukarelawan di Institut Kanser Negara ialah PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa oleh Pengarah IKN

PEgawai Pengawas
  • Pegawai Pendidikan Kesihatan
  • Pegawai Psikologi
  • Penyelia Hospital
  • Matron
  • Ketua Keselamatan
  • Ketua-ketua Jabatan
  • Pegawai Hal Ehwal Agama Islam
  • Pegawai Perhubungan Awam
Carta Aliran Bertugas perkhidmatan Sukarelawan

carta aliran bertugas2

Carta Aliran Permohonan perkhidmatan Sukarelawan

carta aliran permohonan