Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Unit Kecemasan Kanser

PENGENALAN

Unit ini menyediakan perkhidmatan kecemasan khusus untuk pesakit kanser sahaja. Ini dapat mengurangkan masa menunggu bagi mendapatkan rawatan disamping memastikan semua kes-kes kecemasan kanser dapat dikendalikan dengan cepat dan tepat.

 

FAsiliti

Unit Kecemasan Kanser mempunyi 2 katil resusitasi dan 1 bilik pemeriksaan  dan dilengkapi dengan kemudahan  peralatan resusitasi. Terdapat 2 buah ambulan yang disediakan untuk penghantaran pesakit interfasiliti.  Unit ini juga mempunyai kaunter saringan (triage) yang akan membahagikan pesakit kepada kategori hijau (tidak kritikal), kuning (semi-kritikal) dan merah (kritikal).

 

Polisi Operasi

Unit ini beroperasi 24 jam setiap hari dalam menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada pesakit kanser. Unit Kecemasan Kanser dianggotai oleh pegawai perubatan, paramedik, jururawat dan pembantu perawatan kesihatan. Perkhidmatan ambulan yang disediakan hanya untuk keperluan dalaman IKN dan tiada perkhidmatan panggilan ambulan disediakan.