Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Jabatan Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Jabatan Teknologi Maklumat merupakan satu jabatan yang menyediakan perkhidmatan sokongan bukan klinikal dalam bidang ICT di IKN. Jabatan ini mula beroperasi sejak September 2013 dan diwujudkan khusus untuk membantu pihak pengurusan IKN dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem ICT dari masa ke semasa. 

Jabatan ini diterajui oleh Pegawai Teknologi Maklumat F44 dan terbahagi kepada 3 unit  iaitu:

  • Unit Aplikasi dan Latihan
  • Unit Infrastruktur dan Operasi ICT   
  • Unit Multimedia dan Pengurusan  

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

 DASAR DAN POLISI

Jabatan Teknologi Maklumat menyediakan dan melaksanakan dasar, polisi dan prosedur yang berkaitan dengan teknologi maklumat di IKN.

SISTEM DAN APLIKASI

Antara sistem utama di bawah pengurusan Jabatan Teknologi Maklumat di IKN adalah Sistem THIS (Total Hospital Information System) yang merupakan aplikasi yang berintegrasi yang terdiri daripada pelbagai sistem klinikal dan sokongan klinikal berikut:

  1. Sistem Maklumat Hospital (Hospital Information System atau ringkasnya HIS) yang terdiri daripada modul-modul berikut:
    1. Patient Management System
    2. Billing and Revenue
    3. Order and Report Management
    4. Clinical Documentation
    5. Electronic Medical Record
    6. Medical Record
    7. Operation Theatre Management System
    8. Pharmacy Information System
    9. Stock and Inventory Management System
    10. Laboratory Information System 
    11. Blood Transfusion System
    12. Central Sterile Services Department (CSSD) Management System
    13. Dietary Food and Service
  2. Radiology Information System and Picture Archiving and Communication System (RIS/PACS)
  3. Oncology Information System (OIS)
  4. Critical Care Information System (CCIS)
  5. Nuclear Medicine Information System (NMIS)

Selain itu, jabatan ini juga memberi sokongan untuk sistem-sistem lain seperti berikut :

  1. Library Management System
  2. Executive Information System
  3. Helpdesk System
  4. Call Billing System

 

INFRASTRUKTUR DAN RANGKAIAN

Bagi menyokong pengoperasian sistem berjalan dengan lancar, Jabatan ini juga memastikan infrastruktur dan rangkaian ICT di IKN beroperasi dengan baik. Perkhidmatan ini melibatkan pengurusan dan penyelenggaraan bagi :

  • Office Automation (OA)
  • Rangkaian
  • Internet Protocol (IP) Telephony
  • Active Directory and Domain
  • User, Authentication and Security
  • Directory, File and Print
  • Antivirus Protection
  • Backup and Restore

Pengurusan infrastruktur dan prasarana ICT di IKN melibatkan komputer dan perkakasan-perkakasan sokongan lain seperti mesin pencetak, pengimbas, perkakasan rangkaian dan lain-lain perkakasan ICT yang dilaksanakan penyelenggaraannya secara berkala.

 

PUSAT DATA

Jabatan Teknologi Maklumat menguruskan Pusat Data IKN di mana 35 buah server bagi pelbagai sistem yang digunapakai di IKN ditempatkan. Pusat Data ini dilengkapi dengan Uninterrupted Power Supply (UPS) dan juga   Sistem Pemantauan Pusat Data yang terdiri daripada aplikasi seperti High Sensitivity Smoke Detection System (VESDA), Water Detection System (ELSA), Environment Monitoring System (EMS) dan In Row Chilled Water Cooling System.

 

PENGURUSAN LAMAN WEB

Laman web diwujudkan bagi perkongsian maklumat dan aktiviti Institut Kanser Negara.  Laman web ini dapat dicapai melalui url  http://nci.moh.gov.my/. Jabatan ini bertanggungjawab untuk  menguruskan, mengemaskini dan memantau laman ini dari masa ke semasa dengan input dari Jawatankuasa Pengurusan Kandungan Laman Web IKN yang terdiri dari Jabatan Pengurusan, Bahagian Perhubungan Awam dan Unit Pendidikan Kesihatan.

 

PENGURUSAN KESELAMATAN ICT

Pengurusan keselamatan ICT diketuai oleh Pengarah IKN sebagai Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer atau ringkasnya, CIO) dan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat adalah sebagai Pegawai Keselamatan ICT (ICT Security Officer  atau ICTSO).

ICTSO bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian risiko keselamatan ICT secara berkala dan berterusan bergantung kepada perubahan teknologi dan keperluan Keselamatan ICT. Seterusnya, ICTSO akan mengambil tindakan susulan dan langkah-langkah yang bersesuaian untuk mengurangkan atau mengawal risiko keselamatan ICT berdasarkan penemuan penilaian risiko. ICTSO juga memastikan bahawa Dasar Keselamatan ICT KKM disebarkan kepada semua pengguna IKN melalui sesi latihan pengenalan kepada ICT IKN yang dihadiri oleh semua kakitangan IKN. Selain itu, tapisan keselamatan juga dilaksanakan bagi kakitangan, pembekal dan pakar runding yang berurusan dengan IKN.

 

LATIHAN

Latihan ICT dijalankan mengikut takwim dan disesuaikan mengikut keperluan projek-projek ICT serta keperluan pengguna di IKN.

 

KHIDMAT BANTUAN TEKNIKAL DAN OPERASI ICT

Operasi ICT di Institut Kanser Negara dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat dengan sokongan pasukan vendor yang telah dilantik. Khidmat bantuan teknikal disediakan 24 jam 7 hari seminggu. Talian Helpdesk ICT 6688/6699 boleh dihubungi untuk bantuan berkaitan ICT.