Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

  kaunter kerja sosial            
Pengenalan

Membantu pesakit kanser secara menyeluruh dimana kaedah pengurusan yang digunakan merangkumi kaunseling, pemuliharaan emosi dan sosial supaya pesakit mendapat jagaan dan perkhidmatan secara holistik. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah untuk pesakit yang dirujuk oleh Pakar atau Pegawai Perubatan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan.

Perkhidmatan

• Kaunseling kepada pesakit kanser mengenai rawatan yang perlu dijalani
• Terapi kekeluargaan dan sokongan emosi (Emotional Support)
• Pertolongan semasa keluar wad (Discharge)
• Pendidikan Sosial (Social Education)
• Aktiviti sukarelawan agensi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
• Sebagai liason kepada agensi kerajaan dan NGO
• Bantuan kewangan segera kepada pesakit secara “one off” seperti tambang dan bantuan am
• Menyediakan laporan sosioekonomi yang lengkap sebagai rujukan kepada agensi NGO untuk sumber kewangan
• Lawatan ke rumah pesakit (Home visit)