Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

UNIT PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (PT&K)

tcm4

Pengenalan
Perancangan dasar kebangsaan National Cancer Control Blueprint 2008-2015 antaranya adalah untuk menyediakan perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) di hospital kerajaan yang menawarkan rawatan kanser. Susulan daripada itu, Institut Kanser Negara (IKN) telah dikenalpasti sebagai salah satu institusi untuk memberikan perkhidmatan PT&K. Hospital lain yang turut menawarkan perkhidmatan PT&K kepada pesakit kanser ialah Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor) dan Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah (Sabah).
 
Perkhidmatan klinikal Unit PT&K, IKN mulai beroperasi pada 5 Disember 2013 dengan memberikan rawatan akupunktur. Unit PT&K, IKN mula menawarkan rawatan herba kepada pesakit kanser pada  17 Mac 2014. 
Perkhidmatan


A.  RAWATAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Perkhidmatan yang disediakan untuk pesakit kanser:

Rawatan yang ditawarkan Skop rawatan
A) Akupunktur
  • Mengurangkan kesakitan pesakit kanser yang mengalami sakit kronik.

  • Membantu pemulihan pesakit pasca-strok.

  • Membantu melegakan kesan loya dan muntah daripada kemoterapi.

B) Herba

 

  • Sebagai sokongan/sampingan (adjunct) kepada rawatan kanser konvensional, iaitu setelah pesakit kanser menjalani pembedahan atau selesai rawatan radioterapi atau kemoterapi.

  • Meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser.

  • Melegakan kesan sampingan daripada:

  1. radioterapi (seperti kering mulut, keletihan,hilang selera makan dan lain-lain)

  2. kemoterapi (seperti loya, muntah, hilang selera makan dan lain-lain)

Waktu Operasi

Waktu Operasi Isnin hingga Khamis Jumaat

Cuti Umum dan

Hujung Minggu

Pagi 8.00 pagi – 1.00 petang 8.00 pagi – 12.15 tengah hari Tutup
Petang 2.00 petang – 5.00 petang 2.45 petang – 5.00 petang Tutup

 

 herba  akupunktur
Setelah pesakit herba berjumpa dengan pengamal herba, serbuk herba akan dibekalkan dalam bentuk peket (seperti gambar di atas). Bagi mengambil ubat herba tersebut, pesakit hanya perlu melarutkan herba tersebut dalam air panas. Seperti gambar di atas, jarum akupunktur akan dicucuk pada tempat-tempat tertentu bagi kesan melegakan kesakitan, loya, muntah dan lain-lain.

 

B.  PENDIDIKAN PESAKIT

Selain daripada memberikan perkhidmatan PT&K, Unit kami turut terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai rawatan PT&K kepada pesakit, orang awam serta anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

 

C.  KAJIAN PENYELIDIKAN

Unit PT&K turut giat menjalankan kajian antaranya seperti  berikut:

Bil Tajuk dan Ringkasan Kajian Status
1.

“Acupuncture for chemotherapy-induced nausea & vomiting (CINV): preliminary result”

Rawatan akupunktur diberikan pada pesakit kanser, sebelum mereka menerima kemoterapi, untuk mengurangkan kesan loya dan muntah daripada kemoterapi. Kajian ini telah menyelidik hasil rawatan akupunktur tersebut.

 
Hasil kajian telah dibentangkan dalam persidangan tahun 2014.
2.

“Chinese herbal treatment  for radiotherapy-induced xerostomia in head and neck cancer patients” (systematic review)

Kajian ini menghimpunkan dan menganalisa hasil penyelidikan mengenai rawatan herba untuk kesan kering mulut (susulan radioterapi).

 
Dalam proses analisis data.
3.

Herbal Treatment in Improving Radiotherapy-Induced Xerostomia in Head And Neck Cancer Patients

Kajian pemerhatian (observational study) ini membandingkan kesan kering mulut (susulan radioterapi) pada pesakit kanser kepala dan leher, antara pesakit yang menerima rawatan konvensional dan herba.

 
Sedang rekrut pesakit yang bersesuaian untuk kajian (Julai – Disember 2016).

Berikut adalah perkongsian hasil penyelidikan Unit PT&K:

Bil Hasil Penyelidikan
1. 

Cao, N., Zhao, A., Zhao, G., Wang, X., Han, B., Lin, R.,. . . Yang, J. (2015). Survival analysis of 272 patients with pancreatic cancer undergoing combined treatment. Integrative Cancer Therapies, 14(2), 133-139.

 
2. 

Pembentangan poster “New Herbal Dispensing System: Herbal Preparation Process, Patients’ and Prescribers’ Acceptance” pada  12th  Malaysian Pharmaceutical Society (MPS) Pharmacy Scientific Conference 2015, pada 13-15/11/2015.

 
3.

Pembentangan poster “Acupuncture for chemotherapy-induced nausea & vomitting (CINV): preliminary result” pada 8th Taipei Traditional Chinese Medicine International Forum 2016, anjuran bersama Kementerian Kesihatan Taiwan dengan Taiwan Chinese Medicine Practitioner Association, pada 12-13/3/2016.

 
4. 

Pembentangan poster “Retrospective Analysis of Herbal Treatment in Management of Advance Stage Lung Cancer Patients”  pada IKN Research Day 2016, anjuran bersama Pusat Penyelidikan Klinikal, IKN, Hospital Putrajaya dan Hospital Rehabilitasi Cheras pada 30/8/2016. 

 
SOALAN LAZIM

Bagaimanakah caranya untuk Pesakit Kanser mendapatkan Rawatan PT&K di IKN?

1. Sila dapatkan surat rujukan seperti di bawah:
 
Rawatan Surat Rujukan yang Diperlukan daripada Fasiliti Kesihatan
Akupunktur Pegawai Perubatan/ General Practitioner (GP) Klinik/ hospital kerajaan atau swasta
Herba Doktor Pakar (Specialist)/                            Pakar Perunding (Consultant) Hospital kerajaan atau swasta

Atau template surat rujukan boleh diperolehi di pautan (untuk diisi oleh doktor seperti di atas) 

2. E-melkan kami di ncitcm[a]nci.gov.my butiran berikut:

  • Salinan surat rujukan
  • Nama pesakit dan nombor telefon (supaya dapat dihubungi untuk tarikh temujanji)

Bagi pesakit kanser IKN, anda boleh menelefon/e-mel untuk mendapatkan tarikh temujanji. Sila maklumkan nama pesakit dan MRN semasa menghubungi kami.

3. Tuan/Puan dimohon untuk tiba 15 minit awal daripada masa temujanji. 
Unit PT&K, IKN terletak pada Aras 4, sebelah kanan lif.  Sila klik bagi panduan pesakit ke Unit PT&K, IKN

 

pertanyaan

Lain-lain soalan lazim mengenai Unit PT&K boleh dicapai di pautan Soalan Lazim (rujuk di bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari).

Sila hubungi kami di:

  • 03-8892 5414/5415 (dalam waktu pejabat) atau
  • E-mel kami Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.