Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

National Oncology Pharmacy Conference 2.0

Jabatan Farmasi, Institut Kanser Negara, akan menganjurkan Persidangan Farmasi Onkologi (NOPC2.0) pada 9-11 April 2019. Tema persidangan ialah 'An ounce of action is worth a pound of cure'. Penyertaan semua penyelidik farmasi adalah dialu-alukan. Pendaftaran bagi persidangan telah dibuka. Borang pendaftaran dan maklumat yang berkaitan boleh diperolehi melalui laman sesawang : https://goo.gl/forms/8eIQVZEpZky5RC722

NOPC2.0 juga akan mengadakan pertandingan poster kajian di mana penganjur akan menyenarai pendek abstrak tuan/puan berdasarkan merit penyelidikan. Pihak penganjur akan membiayai yuran pendaftaran bagi semua penulis yang telah disenarai pendek untuk pembentangan poster pada persidangan NOPC2.0.  Namun, tuntutan perjalanan dan penginapan tuan/puan selama menghadiri persidangan ini adalah di bawah tanggungan jabatan masing-masing. Bagi mana-mana penulis yang ingin menyertai pembentangan poster NOPC2.0, sila emelkan abstrak kajian anda ke: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Setiap abstrak yang dihantar hendaklah mengikut syarat-syarat pada panduan abstrak.

Tarikh : Selasa, 9 April 2019 hingga Khamis, 11 April 2019
Lokasi : Auditorium, Institut Kanser Negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jenis : Persidangan Saintifik

Untuk maklumat lanjut: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2197710420545664&id=2193563100960396

Urus setia:

Secretariat NOPC2.0, Institut Kanser Negara, Jalan P7, Presint 7, W.P Putrajaya. Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , 03-88925555 (Samb. 3434)