Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

KENYATAAN MEDIA ISU VIRAL

PENGUMUMAN MEDIA VIRAL

KENYATAAN MEDIA

INSTITUT KANSER NEGARA

TAJUK: PENYEBARAN MAKLUMAT MENERUSI APLIKASI MEDIA SOSIAL BERKAITAN TAWARAN PERKHIDMATAN DAN CAJ RAWATAN

Pihak Institut Kanser Negara (IKN) memandang berat TAWARAN yang disebarkan melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu berkaitan caj rawatan di IKN yang turut menyebarkan nama Pengarah IKN iaitu Dr. Asmayani binti Khalib dan contact details IKN.

Pihak IKN menegaskan bahawa TAWARAN tersebut adalah PALSU dan TIDAK BERASAS. Setiap rawatan yang diterima oleh pesakit adalah berbeza mengikut keperluan pesakit atas saranan pegawai yang merawat. Maklumat berkaitan caj rawatan boleh diperoleh di laman web IKN: http://nci.moh.gov.my/.

Pengarah
Institut Kanser Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia
18 Ogos 2016
 
Kenyataan Media ini juga telah dialih bahasa ke Bahasa Inggeris (English) dan Bahasa Mandarin (中文)