Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Peraturan melawat

  1. Pelawat dibenarkan melawat pesakit di luar waktu melawat hanya untuk kes-kes pesakit yang kritikal atau tenat.
  2. Bagi Wad Rawatan Rapi (ICU) hanya 2 orang pelawat dibenarkan melawat pesakit secara bergilir-gilir untuk tempoh 10 minit bagi setiap lawatan.
  3. Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun DILARANG memasuki wad.
  4. Pelawat dikehendaki menggunakan lif di LOBI PESAKIT DALAM untuk ke wad-wad.
  5. Pelawat dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan wad dan kawasan Institut Kanser Negara.
  6. Merokok di wad dan kawasan Institut Kanser Negara adalah dilarang sama sekali. Kompaun boleh dikenakan sekiranya didapati merokok.
  7. Pelawat dilarang mengambil gambar atau merakam video di wad tanpa kebenaran Pengarah Institut Kanser Negara.
  8. Pelawat dilarang menggunakan telefon bimbit di wad.