Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Patient Experience

SOALAN LAZIM AM
Berapakah caj rawatan yang dikenakan oleh Institut Kanser Negara (IKN)?
IKN merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan caj yang dikenakan untuk apa jua jenis rawatan dan kanser adalah sama seperti hospital-hospital kerajaan yang lain.

Walau bagaimanapun, setiap rawatan yang diterima oleh pesakit adalah berbeza mengikut keperluan pesakit atas saranan pegawai yang merawat. Maklumat berkaitan caj rawatan boleh diperoleh di laman web IKN: http://nci.moh.gov.my/index.php/ms/orang-awam/caj-bayaran

 
Adakah maklumat caj rawatan yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp benar?
Tidak benar sama sekali. Untuk makluman, IKN telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan penyebaran maklumat menerusi aplikasi media sosial berkaitan tawaran perkhidmatan dan caj rawatan tersebut.
Untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman web IKN di pautan: http://nci.moh.gov.my/index.php/ms/orang-awam/caj-bayaran
 
 
Bagaimanakah cara untuk memohon bantuan kewangan?
Untuk mendapatkan bantuan kewangan, ia bergantung kepada tahap sosio-ekonomi pesakit/ keluarga. Maklumat lanjut tentang bantuan tertentu boleh diperoleh daripada Unit Kerja Sosial Perubatan di hospital yang merawat pesakit.

Jika pesakit/waris ialah penjawat awam, rawatan percuma diberikan dan tidak akan dikenakan sebarang bayaran kepada:

  1. Keluarga Pegawai( Suami/Isteri);
  2.  Anak-anak dibawah umur 18 tahun;
  3.  atau sekiranya masih bersekolah, di bawah 21 tahun; dan
  4.  Ibu bapa yang sah (legal parents).

* (Rujuk Perintah Am Bab F)

Namun begitu, pengemaskinian maklumat di HRMIS hendaklah dilakukan oleh penjawat awam untuk memastikan nama pesakit dan ahli keluarga pegawai ada di dalam senarai tanggungan.

Apakah yang telah dilakukan oleh IKN untuk membantu pelawat dan pesakit yang berhadapan dengan isu tempat parkir kenderaan yang sering penuh?
Pihak IKN sedang berusaha untuk menyediakan parker kepada pelawat di tapak bersebelahan bangunan IKN yang baharu dikosongkan.
 

Apa yang telah dilakukan oleh pihak IKN untuk pesakit yang tidak mendapat tempat duduk ketika menunggu disebabkan ada segelintir waris pesakit dan pelawat yang sihat tidak mengendahkan pesakit walaupun notis makluman “SILA BERI KEUTAMAAN TEMPAT DUDUK KEPADA PESAKIT KANSER” telah ditampal?
Pihak IKN telah menambah bilangan kerusi mengikut keluasan ruang menunggu dan para petugas klinik juga sering membuat pengumuman supaya pesakit kanser diberi keutamaan untuk duduk. Keprihatinan dan kesedaran semua pihak amat diperlukan bagi memastikan layanan sewajarnya dapat diberikan kepada para pesakit.

 

Adakah syarat tertentu jika pesakit/waris ingin meletakkan kenderaan di ruang parkir OKU, IKN?
Parkir OKU dikhaskan untuk meletakkan kenderaan yang dipandu oleh pesakit OKU. Pihak IKN amat berharap agar tiada pihak yang menyalahguna/mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang disediakan khas untuk individu OKU.
 
Untuk soalan-soalan lazim yang lain sila ke pautan soalan lazim.
 
MAKLUM BALAS PESAKIT

 mklmbls Norlidah   

mklmbls YeeMW

mklmbls1 Hadid

mklmbls2 Aro

mklmbls3 chowCY