Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sehati Sejiwa, Salam Sihat 1Malaysia

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya laman web Institut Kanser Negara (IKN) dapat dihasilkan dengan kerjasama erat semua pihak yang terlibat di IKN.  Dengan terhasilnya laman web ini maka segala saluran maklumat dapat dikongsi bersama dengan semua pihak yang melayari laman web ini.

Ilmu teknologi maklumat kini menjadi lonjakan bagi memberikan kemudahan kepada semua pihak agar memperolehi kesihatan yang unggul selain menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu perubatan kesihatan.  Laman web IKN yang dihasilkan ini bukan sahaja memberikan informasi berkaitan aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh IKN, malah turut menjadi sumber ilmu berkaitan dengan kemudahan perubatan kesihatan yang disediakan.

Seiring dengan teknologi terkini, IKN telah berjaya membangunkan laman web yang dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat yang boleh dilayari tanpa had dan sempadan. Dalam pada masa yang sama, laman web rasmi ini juga dapat membantu orang awam untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di IKN.

Masyarakat juga boleh mengemukakan pandangan dan cadangan bagi penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh IKN. Ini semua akan menjadi peniup semangat kepada semua warga IKN untuk melaksanakan kerja dengan lebih efisien dan lebih berdaya saing bagi melahirkan anggota Kementerian Kesihatan yang cemerlang dalam segala aspek.

IKN akan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat sejajar dengan maksud Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jua Visi dan Misi IKN.

Sekian, terima kasih.