Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Kanser: Awal Dijejak Langkah Yang Bijak

Ketahuilah 9 Tanda Amaran Kanser
  • Pendarahan dari faraj yang berlaku antara tempoh haid atau selepas putus haid
  • Benjolan pada payudara atau sebarang perubahan yang dikesan pada payudara
  • Perubahan pada amalan membuang air besar
  • Benjolan di leher yang tidak wujud sebelum ini
  • Suara garau lebih dari dua minggu
  • Pendarahan yang luar biasa dari hidung atau hilang pendengaran atau telinga yang berdengung
  • Ulser yang tidak sembuh atau benjolan atau tompok-tompok putih dan merah di mulut
  • Sakit atau ketidakselesaan pada perut yang berterusan
  • Batuk yang berterusan dan kahak berdarah

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, ia tidak semestinya kanser. pastikan ia bukan kanser dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera

Bagaimana Mencegah kanser?
  • Jangan merokok
  • Makan makanan yang seimbang - kurang lemak dan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Kekalkan berat badan yang optima dengan senaman
  • Kurangkan pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan
  • Elakkan seks dengan berbilang pasangan
  • Elakkan makan sirih dan/atau menyintil tembakau
  • Pastikan anak anda dapat imunisasi Hepatitis B yang lengkap
  • Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan
  • Dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera jika mengalami tanda-tanda amaran kanser

Pastikan anda mengamalkan langkah-langkah kesihatan ini untuk menjauhi kanser

Dipetik daripada :
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia