Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Saringan

 

 

TAHUN 2014 LEBIH SIHAT

Keputusan ujian saringan ini dapat membantu doktor mengesan tanda-tanda awal sebelum simptom penyakit bertambah ketara.Orang ramai menjalani ujian saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

Menurut Ketua Jabatan Pusat Saringan Kesihatan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Sim Sharon, pemeriksaan kesihatan merangkumi saringan tekanan darah, saringan diabetes, ujian fungsi paru-paru dan ujian Electrocardiogram (EKG).

Saringan tekanan darah

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memaksa jantung mengepam darah lebih kuat daripada biasa. Lama-kelamaan boleh mengakibatkan kerosakan pada saluran darah di seluruh tubuh manusia.Peningkatan tekanan darah untuk beberapa bulan atau pun bertahun-tahun,akan mengakibatkan kerosakan kepada jantung, buah pinggang, otak dan mata.

Tekanan darah individu boleh diukur dengan melihat kepada tekanan sistolik (atas/nombor yang tinggi) dan diastolik (bawah/nombor yang lebih rendah). Contohnya, bacaan 120/80 adalah dianggap normal tetapi jika bacaannya menunjukkan 140/90 dan ke atas, ia dengan jelas menunjukkan tanda-tanda tekanan darah yang tinggi.

Saringan Diabetis

Paras glukos (gula) yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan serangan penyakit diabetes atau kencing manis.Glukos diperoleh daripada makanan dan hormon insulin dalam badan membantu memproses glukos kepada tenaga dalam sel-sel badan manusia.

Penghidap Diebetis Tahap 1 tidak mampu menghasilkan insulin manakala Diabetis tahap 2 pula menyebabkan penghidap tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya atau insulin itu tidak berkesan. Apabila insulin tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, paras glukos dalam darah akan kekal dan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk pada organ dan saraf Kandungan gula dalam darah bagi mereka yang berpuasa dan tidak mengalami masalah diabetes adalah antara 4.4 dan 6.1mmol/L.

Saringan Kolestrol

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Ia membantu menghasilkan hormon tertentu,juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D dalam badan. Lebihan kolestrol dalam saluran darah boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan tersekat akibat pembentukan plak (plaque).

Kolestrol tinggi boleh dikenalpasti melalui ujian darah yang disebut profil lipid (lemak). Ia dilakukan selepas pesakit berpuasa selama 10 hingga 12 jam. Paras optimal sepatutnya berada bawah 2.6 mmol/L.

HDL (High-density lipoprotein)-kolestrol yang membantu dalam penggunaan semula kolestrol dalam tubuh. Paras kolestrol yang baik haruslah berada lebih daripada 1.6 mmol/L.Satu lagi jenis kolestrol adalah triglycerides. Ia jenis lemak yang sering ditemui dalam darah dan boleh menjurus kepada masalah arteri koronari. Aras biasa bacaan kolestrol mestilah di bawah 1.7 mmol/L.Keputusan ujian juga dikira pada bacaan keseluruhan kolestrol. Iaitu kompilasi kesemua jenis komponen lipid yang ada dalam darah. Aras yang dicadangkan adalah di bawah 5.2 mmol/L. 

Ujian Fungsi Paru-Paru

Menurut Dr. Sim saringan fungsi paru-paru juga disebut sebagai ujian pulmonari. Saringan yang standard dilihat pada jumlah isipadu udara yang mampu disedut oleh paru-paru. Ini kemudiannya akan direkod dan dibandingkan dengan mereka yang berada dalam kumpulan usia yang sama, ketinggian dan juga jantina. Ujian ini juga membolehkan doktor melihat keupayaan kapasiti paru-paru untuk membekalkan oksigen kepada sistem darah bersama-sama kekuatan otot pernafasan.

Electrocardiogram (EKG)

Ini merupakan ujian saringan penyakit jantung. Berdasarkan kepada keputusan EKG ini, lain-lain ujian lanjutan seperti ujian stress mungkin perlu dilakukan.EKG/ECG adalah ujian saringan penyakit jantung yang menentukan keupayaan aktiviti elektrikal pada jantung. Terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada. Ia bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal.

ECG bersenam dilakukan untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung). Berdasarkan kepada keputusan ECG ini, lain-lain ujian lanjutan seperti ujian stres mungkin perlu dilakukan.