Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

TAHNIAH INSTITUT KANSER NEGARA

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan seluruh warga kerja Institut Kanser Negara,

Dengan penuh rasa syukur kepada Allah S.W.T, saya ingin memaklumkan bahawa keputusan Pensijilan Akreditasi untuk Hospital Accreditation Standard (5th Edition) telah diperolehi daripada YBrs. Prof. Madya Dr. M.A. Kadar Merikar, CEO, Malaysia Society For Quality In Health (MSQH).

Alhamdulillah Institut Kanser Negara telah LULUS dan mendapat Pensijilan Penuh empat (4) tahun Akreditasi MSQH.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja Institut Kanser Negara termasuk pihak Edgenta Mediserve, Strateq Sdn. Bhd., Segi Seri Sdn. Bhd, Super Force Security Services, Kafeteria Emas Gemilang juga semua yang terlibat atas usaha dan komitmen yang diberikan serta sokongan padu yang tidak berbelah bahagi.

Saya berharap kejayaan ini dapat dijadikan pemangkin untuk kita memperoleh kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang agar Institut Kanser Negara sentiasa dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan yang sangat kita kasihi.

Sesungguhnya saya amat berbangga dengan anda semua. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

SEKALUNG TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA KERJA INSTITUT KANSER NEGARA!!!

Dr. Asmayani Binti Khalib

4 September 2018