Institut Kanser Negara telah menerima satu lawatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Wilayah Narathiwat, Thailand pada 5 April 2017 (Rabu) jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Delegasi lawatan seramai 15 orang pegawai telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.