Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Program Hari Bersama Pesakit

Pada 27 Julai 2016 yang lalu, Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi, Institut Kanser Negara (IKN) telah mengadakan Program Hari Bersama Pesakit khusus untuk Kesedaran Awal Senaman Selepas Pembedahan.  Program ini diadakan untuk pesakit yang bakal atau telah menjalani pembedahan “Mastectomy”.

Program ini dijalankan selama setengah hari di  Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi,  IKN  di Aras 4, bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Terdapat dua sesi ceramah iaitu bertajuk Pembedahan Payudara & Senaman dan Pengurusan Lymphedema. Ceramah-ceramah ini disampaikan oleh Ahli Fisioterapi yang bertauliah dari Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi,  IKN. Selain sesi ceramah, turut diadakan sesi praktikal senaman di mana peserta program diajar cara-cara senaman yang betul dan bersesuaian dengan kondisi mereka.  

Gambar Bersama Peserta Program

 

Ceramah Pengurusan Lymphedema

 

Hari Bersama Pesakit

 

Ceramah Pembedahan Payudara & Senaman

 

Pengarah IKN turut hadir memberikan sokongan untuk program ini

 

Senaman