Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Wad Pediatrik Institut Kanser Negara


DYMM visit
7 Jun 2016 – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah bercemar duli melawat Institut Kanser Negara (IKN) pada 7 Jun 2016 (Selasa) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Bagi Tahun 2016.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah, isteri Perdana Menteri, Datin Paduka  Seri Rosmah Mansor; isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dato’ Sri Hamidah Khamis; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min. 

Tuanku Hajah Haminah berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat wad pediatrik IKN dan turut berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada IKN.

 permaisuri 1

permaisuri 2