Warna Teks  default purple blue contrast
Saiz Teks A- A A+

Pilihan bahasa

  • Laman Utama
  • Berita Terkini
  • Lawatan Rasmi Dr. Hans Troedsson, Assistant Director For General Management Of World Health Organisation (WHO)

Lawatan Rasmi Dr. Hans Troedsson, Assistant Director For General Management Of World Health Organisation (WHO)

DSC 0037

10 Disember 2014 – Institut Kanser Negara telah menerima lawatan rasmi daripada Dr. Hans Troedsson, Assistant Director For General Management Of World Health Organisation (WHO).Lawatan bertujuan untuk memahami sistem kesihatan di bidang penjagaan Paliatif di Institut Kanser Negara dengan lebih mendalam.

Perbincangan ringkas bagi memperkenalkan Institut Kanser Negara dan bidang perawatan Paliatif di Institut Kanser Negara telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Institut Kanser Negara. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Dr. Asmayani binti Khalib, Pengarah Institut Kanser Negara. Turut serta di dalam perbincangan ini ialah wakil daripada Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Kesihatan Malaysia dan wakil daripada Jabatan Paliatif Institut Kanser Negara. Selesai perbincangan, Dr. Hans Troedsson telah dibawa melawat ke Wad 5A, Unit Perubatan Tradisional & Komplimentari dan Klinik Rawatan Harian.

Dr. Hans Troedsson turut menyampaikan ucapan tahniah kepada pihak Institut Kanser Negara di atas perkhidmatan yang terbaik di tawarkan oleh Institut Kanser Negara. Beliau turut kagum di atas peranan yang diberikan oleh Institut Kanser Negara di dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Selain itu, Dr. Hans Troedsson menyatakan pandangan beliau bahawa Institut Kanser Negara akan memainkan peranan penting di dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia pada masa akan datang.