Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

JABATAN PEMBEDAHAN ONKOLOGI

Pengenalan


Jabatan Pembedahan Onkologi merupakan unit multidisiplin dan kes yang dirujuk meliputi semua kes kanser yang memerlukan pembedahan dan rawatan lanjut. Manakala pakar yang terlibat adalah mengikut disiplin yang berkenaan dan pakar bedah umum.

Prkhidmatan

>
Perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Pembedahan Onkologi:

  • Perkhidmatan Klinik Pakar
    Perkhidmatan klinik pakar bagi Jabatan Pembedahan Onkologi akan di berikan di Klinik Multidisplinari (MDC) yang mempunyai kemudahan-kemudahan seperti 5 bilik konsultasi (CE rooms) dan 2 bilik prosedur/ rawatan.

  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
    Kes-kes yang di rawat di wad pembedahan ini merangkumi semua kes kanser yang memerlukan pembedahan atau rawatan lanjut. Pesakit di wad ini adalah di bawah tanggungjawab pegawai perubatan kanan. Rondaan dan perawatan kepakaran akan diberikan oleh pakar-pakar bedah yang terlibat dalam penjagaan pesakit.

  • Dewan Bedah
    Perkhidmatan dewan bedah akan digunakan oleh pakar bedah dari Hospital Putrajaya untuk pesakit kanser yang memerlukan pembedahan dan juga untuk pembedahan kes kecemasan dari pesakit dalam wad Institut Kanser Negara.