Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

JABATAN PATOLOGI

 patologi3

Pengenalan

Jabatan Patologi terletak di aras 4 Institut Kanser Negara. Jabatan ini telah beroperasi sepenuhnya menggunakan Total Hospital Information System (THIS) dan Laboratory Information System (LIS).

Perkhidmatan

Perkhidmatan Patologi di Institut Kanser Negara (IKN) meliputi perkhidmatan berikut:

  • Perkhidmatan Patologi Kimia
    Patologi Kimia adalah kajian berkaitan mekanisme biokimia di dalam tubuh badan yang berkaitan dengan sesuatu penyakit, ini dilakukan melalui analisa bendalir badan yang merangkumi darah, air kencing dan cecair cerebrospinal. Kebanyakan penyakit menyebabkan perubahan kepada komposisi biokimia bendalir badan. Ujian-ujian patologi kimia yang dijalankan adalah bertujuan untuk saringan penyakit, melakukan diagnosa, prognosis dan pengurusan pesakit secara keseluruhannya.
  • Perkhidmatan Mikrobiologi
    Makmal ini menawarkan ujian-ujian yang umum dan khusus untuk mengenalpasti jangkitan organisma seperti bakteria, virus, kulat dan parasit pada pesakit, seterusnya membantu doktor klinikal mengenalpasti rawatan antibiotik, antikulat atau antivirus yang diperlukan. Selain daripada itu makmal mikrobiologi juga terlibat dengan aktiviti kawalan infeksi berkaitan pemantauan dan pencegahan jangkitan penyakit di hospital.
  • Perkhidmatan Hematologi
    Unit hematologi menawarkan analisa ujian merangkumi penyiasatan berkenaan penyakit berkaitan dengan darah seperti anaemia, leukemia, lymphoma dan bleeding disorders. Ujian-ujian yang ditawarkan adalah seperti Full Blood Count, Coagulation study, Erythrocyte Sedimentation Rate dan Full Blood Picture. Pihak makmal juga membantu dalam pengambilan spesimen untuk prosedur Bone Marrow Aspiration dan dihantar ke makmal rujukan untuk dikaji.
  • Perkhidmatan Histopatologi/Saitopatologi
    Unit histologi adalah disiplin yang berkaitan dengan pemeriksaan makroskopik dan mikroskopik specimen pembedahan dan biopsi. Unit ini merupakan pusat pungutan spesimen Histopathology Examination (HPE) . Semua spesimen HPE akan dihantar sama ada ke makmal Histopatologi Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang untuk dianalisa. Saitologi adalah berkaitan dengan kajian sel Gynae (pap smear, vault smear) dan Non gynae (pleural fluids, csf, sputum & FNAC).  Semua spesimen saitologi akan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dianalisa.
  • Perkhidmatan Perubatan Transfusi
    Perkhidmatan yang menyediakan produk dan komponen darah kepada pesakit yang ingin menjalani proses transfusi darah. Produk & komponen darah yang dibekalkan kepada pesakit di sini diperolehi dari Pusat Darah Negara Kuala Lumpur. Antara produk darah yang dibekalkan adalah seperti Pack cell, Fresh Frozen Plasma, Cryoprecipitate  dan Platelet.