Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

Perpustakaan

LATAR BELAKANG 

Perpustakaan Institut Kanser Negara (IKN) telah beroperasi semenjak Januari 2014, merupakan unit di bawah Jabatan Pengurusan IKN. Unit Perpustakaan  bertanggungjawab  untuk membina dan memulihara koleksi mengenai kesihatan dan perubatan terutamanya berkaitan kanser,  menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan serta  perkhidmatan kesedaran semasa untuk pegawai dan kakitangan IKN. Unit Perpustakaan dianggotai seramai tiga  orang kakitangan.  Diketuai oleh seorang Pustakawan S44, seorang Penolong Pustakawan S29 dan seorang Pembantu Perpustakaan S17. 

OBJEKTIF 
  • Membangunkan koleksi sumber maklumat keilmuan di bidang perubatan kanser, kesihatan dan bidang berkaitan institut melalui pengurusan maklumat yang sistematik dan efektif.
  • Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi menyokong institut dalam aktiviti penggubalan dasar, perancangan, penyelidikan, pembelajaran sepanjang hayat dan pembudayaan ilmu.
PERKHIDMATAN
  • Sirkulasi
  • Bacaan dan Rujukan
  • Pinjaman Antara Perpustakaan 
  • Jurnal Atas talian –Virtual Library
  • Perkhidmatan Rujukan dan Pencarian Maklumat
  • Perkhidmatan Maklumat Semasa
  • Program Galakan Membaca/Pembudayaan Ilmu
KEMUDAHAN


Perpustakaan menawarkan pelbagai kemudahan antaranya ialah komputer, bilik perbincangan, ruang santai/rehat, ruang membaca dan tempat letak beg.

WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin – Khamis:   8.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat: 8.00 pagi - 12.15 tengah hari
  2.30 petang - 5.00 petang 
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum:  Tutup
GALERI AKTIVITI

 Books on WheelsBooks on Wheels

 

Kuiz Kemerdekaan

kuiz kemerdekaan

 

Pertandingan Swafoto Sempena  Sambutan Kemerdekaan

swafoto kemerdekaan

 

Pertandingan Melukis Potret Sempena Kemerdekaan

potret

 

Lawatan dan Perkongsian Pengalaman bersama Hospital Kuala Lumpur dan Perpustakaan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia

lawatan drHKLKKM

 

Bengkel Hands On Virtual Library  KKM

bengkel virtual

 

Bengkel Menghias Kek Cawan

hias kekcawan