Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

JABATAN REKOD PERUBATAN

Pengenalan

Institut Kanser Negara merupakan sebuah hospital yang beroperasi dengan berasaskan teknologi maklumat di mana rekod perubatan pesakit adalah dalam bentuk EMR (Electronic Medical Record). Setiap pesakit yang menerima rawatan disini mempunyai satu nombor pengenalan diri yang dikenali sebagai MRN (Medical Record Number). Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian rekod perubatan di dalam bentuk fizikal seperti borang keizinan pembedahan, surat rujukan, ECG dan beberapa rekod pesakit perlu diselenggara dengan baik. Rekod perubatan pesakit dikategorikan sebagai dokumen sulit menurut etika perubatan. Kerahsiaannya dan keselamatan kandungannya perlu sentiasa dijaga / kegunaan utama rekod perubatan pesakit ialah untuk memastikan kesinambungan rawatan yang diberikan. Akses kepada rekod perubatan, menggunakan user ID dan password individu yang dipantau oleh pihak IT bagi tujuan keselamatan..

Perkhidmatan

Perkhidmatan Jabatan rekod perubatan di Institut kanser Negara ialah:

1. Permohonan laporan perubatan

1.1 Laporan perubatan hanya disediakan apabila terdapat permohonan samada pesakit, waris, majikan atau pihak-pihak tertentu bagi tujuan seperti tuntutan insurans, pampasan, perundangan, pemeriksaan lembaga perubatan dan sebagainya.

1.2 Setiap permohonan laporan perubatan perlu disertai dengan perkara berikut:

  • Surat permohonan (bagi permohonan melalui pos) atau menggunakan borang permohonan (bagi permohonan melalui kaunter)
  • Maklumat berkaitan pesakit dan rawatan yang diperolehi
  • Surat keizinan pesakit/waris (bagi permohonan yang dipohon oleh pihak lain)
  •  Caj laporan perubatan:

RM40.00 : Untuk laporan oleh Pegawai Perubatan
RM80.00 : Untuk laporan oleh Pakar Perubatan
RM200 – 1000 : Untuk laporan terperinci oleh Pakar Perubatan

*caj bagi warganegara asing adalah 2 kali ganda

2. Pengurusan statistik hospital

Jabatan Rekod Perubatan bertangungjawab mengawal selia statistik yang dihasilkan mengikut keperluan HMIS Pusat Informatik Kesihatan (PIK), Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Pengurusan rekod perubatan pesakit

Jabatan Rekod Perubatan turut bertanggungjawab ke atas penyimpanan rekod perubatan fizikal. Rekod perubatan fizikal adalah sebahagian daripada rekod pesakit di dalam EMR yang perlu disimpan untuk rujukan oleh pegawai perubatan, bagi tujuan penyelidikan dan kes mahkamah tempoh simpanan rekod adalah mengikut jadual pelupusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.