Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

UNIT KANSER REGISTRI

PENGENALAN


Unit Kanser Registri IKN merupakan pusat bagi pengumpulan data/maklumat mengenai pesakit-pesakit kanser serta membuat analisis dan menghasilkan laporan yang relevan.

Unit Kanser Registri adalah pusat untuk Kanser Registri Kebangsaan. Unit ini menjadi pengkalan dalam pengumpulan data/informasi bagi semua kes-kes kanser di Malaysia. Sumber maklumat yang dikumpulkan adalah dari pelbagai sumber termasuk:

  • Jabatan Patologi dari Hospital-hospital kerajaan dan swasta
  • Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Pusat Informatik Kesihatan,KKM
  • Jabatan Radioterapi & Onkologi dari Hospital-hospital kerajaan dan swasta.

Antara objektif Kanser Registri Kebangsaan adalah:

  • Membuat analisa mengenai beban penyakit kanser dan taburan geografi, kadar kematian dan trend semasa.
  • Mengenalpasti faktor-faktor penyebab kanser yang boleh membantu dalam merancang program pencegahan kanser.
  • Mengenalpasti kumpulan penduduk yang berisiko tinggi pada kanser untuk merancang pencegahan yang lebih terperinci.
  • Membuat penilaian program-program kanser termasuk perawatan yang terkini dan pencegahannya.
  • Membantu dalam penyelidikan kanser.

Unit ini menjadi pusat registri bagi semua pesakit kanser di IKN (Hospital Based Registry)

Objektif Hospital Based Registri adalah:-

  • Mengumpul semua maklumat pesakit kanser bagi Institut Kanser sahaja
  • Data yang di kompilasi adalah : demografi, diagnosis, peringkat penyakit, jenis rawatan yang diterima
  • Membuat analisa-analisa statistik dengan menggunakan data-data tersebut
  • Membantu dalam membuat penilaian mengenai rawatan kanser di IKN
Perkhidmatan

Antara perkhidmatan Kanser Registri Kebangsaan/Hospital Based Registry IKN adalah:-

  • Mengumpul semua maklumat mengikut ‘variable’ sistem CanReg. Data-data seperti demografi, diagnosis, peringkat penyakit, jenis rawatan diterima, kesan sampingan yang dihadapi serta ‘patient outcome’.
  • Membuat analisa statistik mengenai data-data diterima seperti ASR dan Crude Rate
  • Membantu dalam penilaian mengenai rawatan yang diterima serta memperbaiki kaedah rawatan seterusnya.