Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

Unit Penyeliaan

Pengenalan

Unit Penyeliaan bertanggungjawab memastikan operasi setiap unit yang ada berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan, keselamatan dan juga mengendalikan program/aktiviti IKN.

Bagi PPP yang berkhidmat di jabatan/unit sokongan klinikal pula, PPP bertanggungjawab membantu Pakar/Pegawai Perubatan   dalam memberi perawatan, pengendalian pesakit, pengendalian peralatan perubatan dan juga melakukan prosidur-prosidur minor mengikut arahan doktor.

 

Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Dan Pembantu Perawatan Kesihatan Di Institut Kanser Negara

1)       Penolong Pegawai Perubatan (PPP) 

·         ♦  PPP  merupakan salah satu ahli pasukan di dalam pemberian perkhidmatan kesihatan. Ia juga merupakan aset  penting dalam membantu pasukan pengurusan kanser di Institut Kanser Negara (IKN). Skop tugas  PPP di IKN adalah mengikut jabatan/unit PPP ditempatkan seperti di Unit Penyeliaan Hospital, Unit Kecemasan, Jabatan Perubatan Nuklear dan lain-lain.

            ♦  PPP  yang bertugas  di IKN   adalah mengikut penempatan PPP tersebut samada jabatan/unit  itu memerlukan PPP bekerja  waktu pejabat atau pun shif.  Bagi sesetengah jabatan/unit pula PPP dikehendaki  menjalankan tugas atas panggilan seperti di Unit Rawatan Rapi, Dewan Bedah, Mortuari dan lain-lain.

 

2)       Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) 

            ♦  PPK juga adalah salah satu ahli pasukan di dalam memberi perkhidmatan kesihatan di IKN. Keperluan dan agihan PPK boleh dibahagi kepada 2  dikategori iaitu bahagian pesakit luar(klinik) dan pesakit dalam(wad). Setiap PPK adalah diwajibkan  menjalani kursus Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 yang akan dikendalikan semasa dalam perkhidmatan.

             ♦  Antara tugas-tugas   khas   adalah seperti  di Unit Fisioterapi, Dewan Bedah, Mortuari dan CSSD di mana mereka perlu menjalani kursus Tahap 3.  Manakala   tugas-tugas am pula   adalah memberi  orientasi,  penjagaan kebersihan pesakit, membuat saringan mudah, membantu paramedik/doktor melakukan prosidur, penghantaran pesakit, perkhidmatan kaunter  dan lain-lain.

 

Penempatan PPP dan PPK di IKN

• Penempatan PPP dan PPK  di jabatan/unit  IKN adalah seperti ketetapan di bawah ini :

Ø        Unit Kecemasan

Ø       • Mortuari

Ø       • Dewan Beda

        • Unit Rawatan Rapi

Ø       • Jabatan Perubatan Nuklear

Ø       • Jabatan Radioterapi

Ø       • Klinik Onkologi

Ø        Klinik  Multidisiplin 

Ø        Pusat Rawatan Harian

Ø        Perubatan Tradisional Dan Komplementari (TCM)

Ø        Penyelidikan dan Kualiti

Ø        Penyeliaan Hospital

        • Jabatan/unit penempatan PPK  selain di atas.

Ø       • Wad-wad

Ø       • Fisioterapi

Ø       • Patologi

Ø       • Farmasi

Ø       • Unit Rawatan Kanser di Rumah (Home Canser Care Unit ) 

 

Carta Organisasi Unit Penyeliaan