Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

Penyelidikan

 

SIAPA KAMI?

pengenalan

 

PERKHIDMATAN 

khidmat kami

 

HUBUNGI KAMI

contact crc

 

PENGENALAN

SIAPA KAMI?

Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre, CRC) telah ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai salah satu daripada enam institusi penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (National Institutes of Health, NIH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bermula di Hospital Kuala Lumpur, kini sebanyak 32 rangkaian CRC telah ditubuhkan di hospital-hospital utama seluruh Malaysia. CRC di Institut Kanser Negara (IKN) telah ditubuhkan secara rasmi pada 30 Oktober 2014 dalam usaha KKM mewujudkan budaya penyelidikan di samping menyediakan kemudahan bagi menyokong aktiviti penyelidikan di fasiliti KKM.

 

KHIDMAT KAMI DI CRC
  1.  Membina keupayaan menjalankan penyelidikan dengan:
    • Menganjurkan latihan-latihan berkaitan penyelidikan seperti Good Clinical Practice, Good Research Practice, Research Methodology dan Statistikal;
    • Menjalankan latihan dalaman (in-house) Continuous Professional Development secara rutin;
    • Menyediakan khidmat rundingan melalui klinik penyelidikan (Research Consultation Clinic, RCC) – konsultansi metodologi penyelidikan, rekabentuk kajian, pembangunan protokol dan analisis statistik semasa sesi; dan
    • Mengadakan program bimbingan  untuk pegawai perubatan dan lain­-lain pegawai yang berminat dalam penyelidikan.
  2. Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal dan lain-lain aktiviti yang dikoordinasi oleh CRC Kebangsaan;
  3. Menyediakan khidmat nasihat untuk pendaftaran penyelidikan di laman web National Medical Research Register (NMRR);
  4. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti penyelidikan di hospital, contohnya;
    • Simpanan rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri (Industry Sponsored Research, ISR) atau Penyelidikan Inisiatif Penyelidik (Investigator Initiated Research, IIR) dan hasil-hasil penerbitan
    • Tajaan untuk mencetak hasil kajian bagi tujuan persembahan poster persidangan (tempatan dan antarabangsa)

 

PENYELIDIKAN DI IKN

Selaras dengan arahan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 10/2015: Garispanduan Institut Kesihatan Negara Mengenai Penyelidikan di Institusi dan Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia, CRC IKN telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras aktiviti penyelidikan di IKN. Oleh itu, SEMUA penyelidikan IIR yang ingin dijalankan di IKN akan disemak oleh CRC IKN sebelum kelulusan menjalankan penyelidikan boleh dikeluarkan kepada penyelidik / pemohon.

Rujuk Prosedur Menjalankan Penyelidikan di IKN di sini.

 

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan dan aduan yang berkaitan, sila hubungi:

DR. WONG YOKE FUI

Ketua Unit

e drwong

SITI FATIMAH ZAHRA MOHD ANUAR

Pegawai Penyelidik / Pengurus

e fatimah

Pusat Penyelidikan Klinikal

Aras 4, Institut Kanser Negara

Jalan P7, Presint 7,

62250 Putrajaya

Talian Utama: 03 – 88925555 samb. 4168
Faks:  03 - 88925620

 

WAKTU OPERASI

 Hari Masa 
 Isnin hingga Jumaat 

8.00 pagi hingga 4.30 petang

Rehat: 1.00 tengah hari hingga 2.00 petang 

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Tutup