Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

Profil

BGN 

Pengenalan

Pada tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa penyakit kanser telah menyumbang sebanyak 9.34% daripada semua jumlah kematian di Malaysia berbanding 7.37% pada tahun 1975. Menerusi penemuan didalam Laporan Pertama Pendaftar Kanser Kebangsaan dianggarkan bahawa risiko mendapat kanser di Malaysia adalah 1 dalam 4. Sehubungan itu, penubuhan Institut Kanser Negara (IKN) di harap dapat memenuhi keperluan pesakit kanser di Malaysia.

Projek pembinaan Institut Kanser Negara adalah merupakan projek yang ditunggu-tunggu dan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan untuk menyediakan rawatan kesihatan bertaraf dunia dalam memenuhi aspirasi wawasan 2020 ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Institut Kanser Negara adalah sebuah institusi perubatan kanser yang dibina khas untuk memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser. Penubuhan Institut Kanser Negara adalah bertujuan bagi menangani segala keperluan yang semakin meningkat berkaitan dengan isu-isu kanser dalam negara.

Dibawah naungan Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang kehilangan isterinya Allahyarhamah Datin Seri Indon Mahmood akibat kanser pada tahun 2004, sebuah tapak berkeluasan 1065 ekar yang terletak di Presint 7, Putrajaya telah dikenal pasti untuk pembangunan Institut Kanser Negara. Lokasinya yang strategik terletak bersebelahan Hospital Putrajaya, Putrajaya Sentral, Ibu Pejabat Bomba, Ibu Pejabat Polis, Pusat Perdagangan (akan datang) dan ianya mudah diakses menerusi lingkaran Putrajaya dan Lebuh Sentosa.

Majlis Pecah Tanah telah berlangsung pada 9 Januari 2007. Proses perancangan, reka bentuk dan perundingan awal telah dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama kontraktor tempatan secara reka dan bina.

Kerja-kerja mengambil alih tapak dan kerja-kerja tanah telah dimulakan pada 1 September 2010. Projek ini dibina secara fast track dan serentak dengan reka bentuk terperinci bersama dengan interaksi intensif yang mengambil masa kurang daripada 3 tahun untuk disiapkan dan dilengkapi sepenuhnya diuji, ditauliah kemudian di ambil alih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Institut kanser Negara merupakan projek pertama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menggunkana model bangunan berinformasi atau building information modeling (BIM). BIM adalah proses mewujudkan dan menggunakan model-model digital untuk mereka bentuk, menyelaras pembinaan dan penyelenggaraan melalui visualisasi dan simulasi 3D.

Bangunan Institut Kanser Negara telah menggunakan aplikasi Industrialized Building System (IBS) dengan skor sebanyak 70%. Pada puncak pelaksanaan seramai 1000 orang pekerja dan kakitangan terlibat dalam projek ini. Pengawasan ketat, pengurusan keselamatan dan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan kualiti telah diambil sepanjang projek ini dijalankan. Pada akhir tempoh pembinaan, projek Institut Kanser Negara mencipta rekod 5 juta jam tempoh berkerja tanpa kehilangan hari bekerja. Ia merupakan rekod keselamatan yg cemerlang bagi sesebuah projek berskala besar seperti ini.

Bangunan Institut kanser Negara telah mengambil inisiatif reka bentuk termoden seperti orentasi solar yang baik, kecekapan tenaga dan pandangan yang optimum untuk landskap persekitaran. Aspek seni bina dan reka bentuk dalamannya menarik dan menepati keperluan fungsi hospital bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra pengguna terutamanya kepada pesakit-pesakit, pelawat dan kakitangan hospital. Ini adalah fungsi utama bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang ideal untuk tujuan penyembuhan. Pendekatan seni bina yang diambil adalah untuk melahirkan sebuah hospital abad ke-21 dan mudah dikenal pasti dengan reka bentuk bangunan yang menarik. Pencahayaan malam direka bentuk untuk memberi identiti monumen yang terserlah.

Institut Kanser Negara direka bentuk berdasarkan beberapa konsep reka bentuk. Antara reka bentuk konsep yang digunapakai ialah hospital yang khusus untuk menampung pesakit dan memberi penjagaan perubatan kesihatan khusus yang disokong oleh state of the art yang khusus dalam bidang diagnostik dan fasiliti perubatan. Selain itu, ia direka dengan menggunakan reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai senibina, reka bentuk dalaman dan landskap yang menarik bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pemulihan dan penyembuhan. Projek pembinaan Institut Kanser Negara ini berjaya disiapkan lebih awal berbanding tarikh siap kontrak.

Institut Kanser Negara diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 September 2013 pada satu Majlis Penyerahan Projek dan ia mula beroperasi pada 2 September 2013. Institut Kanser Negara merupakan sebuah hospital yang dibina dengan peralatan canggih dan teknologi maklumat terkini. Merangkumi aspek diagnostik dan rawatan khusus dalam menangani pelbagai penyakit kanser.

Perkhidmatan utama yang disediakan di Institut Kanser Negara ialah Radioterapi & Onkologi, Perubatan Nuklear, Pembedahan Onkologi dan Perawatan Paliatif. Perkhidmatan lain yang disediakan ialah perkhidmatan klinik pakar, perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan rawatan harian dan perkhidmatan sokongan klinikal. Institut Kanser Negara bakal menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam perawatan kanser, penyelidikan dan pendidikan, dan perkhidmatan kesihatan yang terulung di Malaysia.

Visi

Menjadi peneraju utama dalam pengurusan rawatan kanser, pendidikan dan penyelidikan ke arah meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser dan cancer survivor.

Misi

• Menyediakan perkhidmatan rawatan kanser yang terbaik untuk pesakit kanser.
• Menjadi pusat pembelajaran dan latihan kepakaran dalam pengurusan dan perawatan kanser bagi pelbagai kategori anggota kesihatan termasuk pakar, pegawai perubatan, ahli sains bersekutu dan paramedik
• Menjadi pusat dan peneraju dalam kajian kanser di Malaysia meliputi aspek rawatan dan penjagaan pesakit kanser dengan kerjasama agensi - agensi lain dari dalam dan luar negara.

Objektif

• Untuk menjadi pusat rujukan Kanser Kebangsaan yang menyediakan perawatan kanser yang komprehensif dan terbaik untuk pesakit kanser.
• Untuk menyediakan keperluan penyelidikan dan latihan yang kondusif bagi meningkatkan pengurusan rawatan kanser.

Pencapaian Institut Kanser Negara

BIL

PENCAPAIAN

TARIKH

1

Kemasukan Pesakit Luar Yang Pertama (Radioterapi)

30 September 2013

2

Perkhidmatan Radioterapi Yang Pertama

30 September 2013

3

Kemasukan Pesakit Luar Yang Pertama (Perubatan Nuklear)

14 Oktober 2013

4

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Perubatan Nuklear)

18 November 2013

5

Perkhidmatan Perubatan Tradisional Yang Pertama

05 Disember 2013

6

Perkhidmatan Kecemasan Kanser Yang Pertama

09 Disember 2013

7

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Radioterapi Onkologi P-7A)

12 Disember 2013

8

Kemasukan pesakit pertama T&CM

15 Disember 2014

9

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Radioterapi Onkologi 8A)

08 Januari 2014

10

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Multidisiplin-9A)

10 Januari 2014

11

Operasi Pertama Klinik Rawatan Harian Onkologi

16 Januari 2014

12

Pesakit Pertama ICU

10 Februari 2014

13

Lawatan Pertama Home visit

10 Februari 2014

14

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Pembedahan Lelaki-5A)

11 Februari 2014

15

Operasi Pertama Klinik Multi-Disiplin

11 Februari 2014

16

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Radioterapi Onkologi L-8B)

19 Februari 2014

17

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Radioterapi Onkologi P-7B)

19 Februari 2014

18

Operasi pertama Brakiterpi OT

25 Februari 2014

19

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Pembedahan Perempuan-6A)

28 Februari 2014

20

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Eksekutif-9B)

10 Mac 2014

21

Kemasukan Pesakit Dalam Yang Pertama (Wad Radioterapi Onkologi KK-6B)

10 April 2014

22

Pembedahan Pertama

2 Jun 2014

23

Operasi Pertama Klinik Rawatan Harian Perubatan Nuklear

17 Jun 2014

24

Prosedur Brachytheraphy Prostate Implant Yang Pertama Dijalankan Di Hospital Kerajaan

20 Ogos 2014