Text Color  default purple blue contrast
Text Size A- A A+

Languages

Jabatan Farmasi

Pengenalan

Jabatan Farmasi merupakan sebuah jabatan yang berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan farmasi berkonsepkan penjagaan farmaseutikal secara menyeluruh. Perkhidmatan ini melibatkan pelbagai jenis perkhidmatan farmasi klinikal yang berobjektifkan peningkatan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan, penjagaan serta rawatan yang di terima oleh pesakit.

Perkhidmatan

Perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan pelbagai jabatan dan disiplin perubatan yang lain dari segi penyebaran maklumat berkaitan farmakoterapi, penggunaan ubat-ubatan secara rasional, meningkatkan kefahaman dan pendidikan pesakit berkenaan ubat-ubatan yang di gunakan supaya keberkesanan terapi dalam rawatan dapat di pertingkatkan. Perkhidmatan yang di tawarkan : 

· Perkhidmatan Farmasi Klinik Pakar

· Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam

· Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun

· Sistem Pendispensanan Ubat Bersepadu (SPUB)

· Perkhidmatan Kaunseling Ubat-Ubatan dan Pendidikan Pesakit di Klinik  Pakar 

· Perkhidmatan Penghantaran Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UMP 1M)

· Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

· Perkhidmatan Farmasi Perubatan Tradisional Komplementari

· Perkhidmatan Farmasi Nuklear

Hubungi :
Kaunter Jabatan Farmasi
03-88925555 samb. 3433